Keris Ageman | Keris Ageman | Keris | Tiada | Keris yang ditempa sebagai perhiasan dan dipakai dalam acara tidak rasmi. |
masuh | masuh | Keris | Tiada | Proses awal menempa mata keris iaitu besi ditempa secara berulang-ulang sehingga kotoran dan kandungan karbonnya terpercik keluar. |
Keris Ganja Iras | Keris Ganja Iras | Keris | Tiada | Keris yang mempunyai ganja yang ditempa secara seiras atau bercantum mati dengan bahagian mata. |
Keris Ganja Menumpang | Keris Ganja Menumpang | Keris | Tiada | Keris yang mempunyai ganja yang ditempa secara berasingan dengan bahagian mata . |
Keris Picit | Keris Picit | Keris | Tiada | Keris yang mempunyai mata yang nipis serta lebar. Keris ini ditempa dengan cara memicit dengan menggunakan ibu jari dan biasanya dilakukan oleh orang pertapaan. |
brassware | barang loyang | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Barang daripada aloi tembaga dengan logam asas seperti zink atau tin, biasanya berwarna kuning, keras dan kuat daripada tembaga, mulur dan mudah ditempa. |
wrought iron | besi tempa | Kimia | Tiada | Besi dagangan yang kandungan karbonnya rendah dan mengandungi sanga cecair, terutamanya ferum silikat. Besi ini diperoleh melaui peleburan besi jongkong dengan ferum oksida untuk menyingkirkan karbon, dan diikuti dengan penukulan logam pepejal panas yang terhasil untuk menyingkirkan cairan sanga. Besi ini sukar berkarat serta dapat ditempa dan dikimpal. Besi tempa digunakan untuk membuat pagar dan rantai besi. |