first edition | edisi pertama | Kesusasteraan | Tiada | Karya yang pertama kali dicetak dan diterbitkan. Pada halaman awalan, tercatat nama pengarang, tahun dan tempat diterbitkan, halaman hak cipta, International Standard Book Number (ISBN), pengkatalogan dalam penerbitan, judul penuh, judul separa dan sebagainya. Karya yang dimaksudkan meliputi karya kreatif seperti novelm kumpulan cerpen, drama atau puisi, dan karya bukan kreatif seperti karya umum atau kritikan. Edisi pertama tidak hanya merujuk kepada buku dan majalah, tetapi juga edisi akhbar yang pertama kali dicetak dan diterbitkan. |
Preferred Products List (PPL) | Senarai Produk Pilihan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Senarai peralatan komersial yang telah mencapai piawaian Tempest dan keperluan lain yang digariskan oleh Agensi Keselamatan Negara (NSA) Amerika Syarikat. Senarai ini diterbitkan dalam Katalog Produk dan Perkhidmatan Keselamatan Sistem Maklumat yang juga diterbitkan oleh NSA. |
acceptance rate | kadar terimaan | - | Tiada | Jumlah artikel yang diterbitkan berbanding dengan jumlah keseluruhan artikel yang diterima dalam satu tahun bagi sesuatu penerbitan jurnal. Banding rejection rate. |
corresponding author | pengarang koresponden | Pendidikan | Tiada | Individu yang bersama-sama menyediakan makalah dengan beberapa pengarang dan bertanggungjawab sepenuhnya untuk berkomunikasi terhadap jurnal yang ingin diterbitkan bermula dari penyerahan manuskrip, kajian semula setara sehingga kepada proses penerbitan dengan memastikan semua keperluan pentadbiran jurnal dipatuhi. Pengarang koresponden biasanya akan bersedia untuk menjawab segala persoalan sepanjang proses pertanyaan editorial dan setelah jurnal tersebut diterbitkan. Pengarang koresponden terdiri daripada penyelidik kanan atau ahli akademik, seperti profesor kanan atau penyelidik utama yang mempunyai pengetahuan dan pengalaman penerbitan. |
e-newspaper | e-surat khabar | - | Tiada | Surat khabar yang diterbitkan dalam versi elektronik. |
standard | standard | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Dokumen yang diterbitkan bagi menghasilkan spesifikasi dan tatacara untuk menentukan kebolehpercayaan sesuatu bahan, produk, kaedah, dan/atau perkhidmatan yang diberikan kepada pelanggan. Dokumen ini merangkumi pelbagai isu termasuklah protokol yang membantu menentukan kefungsian dan keserasian produk, dan menjamin keselamatan pengguna serta kesihatan orang awam. |
uncalled capital | modal belum panggil | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Sebahagian daripada modal yang telah diterbitkan dan diuntukkan oleh syarikat kepada pemegang saham tetapi belum dibayar sepenuhnya. |
posy/posie | bunga rampai | Kesusasteraan | Tiada | Kumpulan karya prosa dan puisi yang dipilih yang diterbitkan dalam bentuk buku. |
Certificate Revocation List (CRL) | Senarai Pembatalan Perakuan (CRL) | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Dokumen yang diselenggara dan diterbitkan oleh autoriti perakuan yang menyenaraikan perakuan yang telah dibatalkan. |
accepted author manuscript (AAM) | manuskrip pengarang diterima (AAM) | - | Tiada | Manuskrip yang telah dinilai dan diterima untuk diterbitkan. |