flag | bendera | Teknologi Maklumat | Perisian | Penandaan perisian atau perkakasan yang menggambarkan keadaan atau status tertentu. Bendera boleh diumpamakan seperti suis, sama ada buka atau tutup. Status bendera dikatakan set apabila bitnya bersamaan 1 dan dikatakan status set semula apabila bitnya bersamaan 0. Contohnya, bendera limpah atas akan disetkan oleh pemproses apabila terjadi limpah atas dalam pengiraan aritmetik. Seterusnya, mesej ralat akan dipaparkan. |
encoding | pengekodan | Psikologi | Psikologi Umum | Proses mengubah maklumat kepada satu bentuk yang akan membolehkannya disimpan dalam ingatan dan dimanipulasikan oleh otak. Proses ini boleh diumpamakan seperti memasukkan maklumat kepada komputer. Penyimpanan maklumat boleh dalam bentuk pelbagai mod seperti perkataan, imej dan bunyi supaya kunci ingatan juga pelbagai. Oleh itu, semakin banyak cara maklumat dikod, maka semakin mudah maklumat diingat kembali. |