potassium-sparing diuretics | diuretik penjimatan kalium | Perubatan | Tiada | Kumpulan ubat diuretik yang tidak menyebabkan kehilangan kalium dari badan. Contoh diuretik ini ialah Spironolactone, Triamterene dan Amiloride. Ubat ini bertindak merencat pertukaran natrium dan kalium pada tubul distal ginjal. Diuretik jenis ini kurang potensi dan efikasi berbanding dengan diuretik yang menyebabkan kehilangan kalium. Gabungan diuretik penjimatan kalium dengan diuretik yang lain memberi keseimbangan pada metabolisme kalium. |
diuretic | diuretik | Farmasi | Farmakologi | 1. Berkaitan dengan menggalakkan pembentukan dan perkumuhan urin. 2. Agen yang menggalakkan pembentukan danperkumuhan urin bagi mengurangkan pengumpulan cecair berlebihan di dalam tisu badan. Agen ini digunakan terutamanya dalam rawatan penyakit darah tinggi,kegagalan jantung konjestif danedema paru-paru. Ageniniboleh terbahagi kepada beberapa kumpulan berdasarkan struktur kimia dan aktiviti farmakologi seperti perencat anhidrase karbonik, diuretik tiazida, diuretik gelung, diuretik osmosis dan diuretik penjimatan kalium. |
diuretic | diuretik | Perubatan | Tiada | Ubat yang meningkatkan pengeluaran urin dengan bertindak menghalang penyerapan semula air dari lumen tubul ginjal. Diuretik digunakan untuk mengurangkan isi padu intravaskular seperti dalam penyakit kegagalan jantung dan darah tinggi. Kesan sampingannya bergantung kepada jenis diuretik. Contoh ubat ialah Frusemide dan Spironolactone. |
loop diuretics | diuretik kawasan lengkung | Perubatan | Tiada | Kumpulan ubat yang menambahkan penghasilan urin yang bertindak pada segmen lengkung Henle pada tubul ginjal. Ia merupakan kumpulan diuretik yang paling poten dan berefikasi tinggi serta digunakan dalam penyakit yang membendung air dalam badan, seperti kegagalan jantung dan ginjal. Contoh ubat ialah Frusemide dan asid Ethacrinic. Kesan sampingan penggunaan ubat ini ialah hipokalemia, hipokalsemia dan dehidrasi. |
diuretic | diuretik | Sosiologi | Tiada | 1. Bertambahnya pengumuhan urin. 2. Bahan yang menggalakkan pengumuhan urin. |
diuretic | diuretik | Perubatan | Tiada | 1. Bertambahnya pengumuhan urin. 2. Bahan yang menggalakkan pengumuhan urin. |
diuretic | diuretik | Kimia | Tiada | 1. Bertambahnya pengumuhan urin. 2. Bahan yang menggalakkan pengumuhan urin. |
diuretic | diuretik | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Tiada |
diuretic | diuretik | Gerontologi | Tiada | Bahan yang menggalakkan pengumuhan air kencing dan menyebabkan pembuangan air kencing menjadi lebih kerap. |
diuretic | diuretik | Kimia | Biokimia | Agen yang dapat meningkatkan perkumuhan air kencing. |