DNA-DNA hybridization | penghibridan DNA-DNA | Biologi | Genetik | Teknik penghibridan DNA yang digunakan untuk menentukan darjah kesamaan antara jujukan DNA daripada spesies berbeza. |
single stranded DNA | DNA bebenang tunggal | Sains Forensik | Tiada | Molekul DNA yang terhasil sebagai satu bebenang apabila molekul heliks berganda, berpisah. Dalam penjujukan DNA, DNA bebenang tunggal yang telah dilabel dengan pewarna dipisahkan mengikut saiz untuk mendapatkan turutan nukleotida yang hendak dikaji. |
cross hybridization | penghibridan silang | Biologi | Genetik | Pembentukan hibrid DNA-DNA, RNA-DNA atau RNA-RNA antara prob dan asid nukleik sasaran yang mempunyai jujukannukleotida yang berpelengkap. |
satelite DNA | DNA satelit | Bioteknologi | Tiada | Pecahan DNA yang terpisah daripada DNA pukal apabila DNA asli dipisahkan dengan menggunakan pengemparan cerun ketumpatan sesium klorida. Ketumpatan apungan berada dalam keadaan keseimbangan yang ditentukan oleh kandungan G+C DNA. Kandungan G+C yang tinggi akan memberi ketumpatan apungan yang lebih tinggi. Pecahan DNA mempunyai purata kandungan G+C 30% - 35% dan akan membentuk satelit sekiranya pecahan ini mempunyai nilai yang lebih rendah atau lebih tinggi. |
DNA mutation | mutasi DNA | Biologi | Genetik | Mutasi pada E. coli yang mempengaruhi pereplikaan DNA. Mutasi pada gen DNA A, DNA B dan DNA C mengakibatkan kerosakan pada protein yang akan berinteraksi dengan tapak permulaan pereplikaan. |
recombinant DNA | DNA rekombinan | Bioteknologi | Tiada | DNA yang terbentuk apabila DNA bebenang tunggal bergabung melalui pemasangan bes berkomplemen untuk membentuk DNA heliks ganda dua yang baru. Proses ini berlaku secara in vivo semasa pindah silang dalam meiosis dan mitosis dan antara kromatid semasa pembahagian sel normal (mitosis), pengkonjugatan dan transformasi pada bakteria. DNA rekombinan menjadi asas dalam manipulasi gen secara in vitro atau kejuruteraan genetik. |
DNA replication | pereplikaan DNA | Biologi | Genetik | Proses sintesis DNA dengan menggunakan DNA sebagai templat. replikasi DNA. |
templat DNA | DNA templat | Sains Forensik | Tiada | DNA yang dimasukkan ke dalam campuran tindak balas PCR untuk diperbanyak. Mutu templat DNA yang digunakan akan mempengaruhi hasil amplifikasi. Dalam pengujian DNA forensik pada masa kini, hanya sedikit templat DNA diperlukan untuk menghasilkan profil DNA yang lengkap. |
duplex DNA | DNA dupleks | Biologi | Genetik | Kawasan DNA yang tak berfungsi, yang wujud hanya untuk ketekalannya sahaja. Misalnya, DNA peruang dan sesetengah DNA ulangan. |
mitochondria DNA | DNA mitokondrion | Sains Forensik | Tiada | DNA yang terdapat dalam mitokondrion, iaitu bahagian khusus dalam sesuatu sel. Analisis DNA mitokondrion boleh dilakukan pada sampel forensik yang kekurangan DNA nukleus seperti pada rambut dan tulang. DNA ini diwarisi dari sebelah ibu dan boleh juga digunakan untuk ujian paterniti dan kajian sejarah kekeluargaan di sebelah ibu. Singkatan mtDNA. |