Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[dok.trin] | دوکترين

Definisi : prinsip atau kepercayaan yg dianggap benar dan satu-satunya yg dapat diterima: ~ Monroe; ~ Karl Marx; mendoktrinkan menerapkan atau me­na­nam­kan sesuatu doktrin (utk dijadikan pe­gangan): fakta yg sama dinyatakan oleh Ajikik pd zaman Jepun utk ~ drama demi kepentingan strategi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[dok.trin] | دوکترين

Definisi : ajaran (bkn agama, sesuatu ilmu dll) yg dianut atau yg dijadikan pegangan: ~ Karl Marx. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata doktrin


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
real-bill doctrinedoktrin bil benarEkonomiTiadaTeori yang mengatakan semua pinjaman perniagaan oleh institusi kewangan perlu bersifat jangka pendek dan cair sendiri. Jumlah kredit yang diberi adalah berdasarkan nilai barang yang sedang diproses. Jika doktrin ini dipatuhi, pembayaran bagi setiap urus niaga ekonomi akan berkembang atau menguncup mengikut jumlah barang dikeluarkan. Dengan ini pertumbuhan penawaran wang adalah selari dengan pertumbuhan output, dan inflasi dapat dielakkan. Lihat juga cair sendiri.
platonismplatonismeKesusasteraanTiadaDoktrin dan fahaman idealistik yang berasal daripada dialog Plato, ahli falsafah Yunani. Socrates merupakan watak utama dalam sebahagian besar dialog ini. Diketahui umum bahawa Plato tidak mementingkan peranan penyair dan mengatakan fikiran mereka menyeleweng dan mengganggu fikiran rasional. Malah, dalam karyanya berjudul Republic, beliau menyatakan bahawa penyair harus dibuang dari negara ideal. Namun, beberapa aspek Plationisme dianggap penting dan terserap luas dalam kesusasteraan Barat. Dalam karya berjudul Republic (Buku VIII), terdapat imej gua Plato yang terkenal. Menurut Platonisme, dunia zahir merupakan dunia yang hanya wujud dalam perasaan dan tanggapan manusia sahaja. Sebaliknya, idea atau bentuk adalah realiti yang sebenar, abadi dan transenden. Dalam karya berjudul Dialogues, Plato berulang kali menggesa manusia mencari dan mengungkapkan idea keadilan, cinta, keberanian, persahabatan, dan akhlak mulia. Plato menegaskan bahawa objek zahir hanyalah tiruan dan wakil daripada idea tentang objek tersebut yang kekal abadi. Maka, hanya idea yang dapat membekalkan ilmu pengetahuan sebenar kepada manusia. Doktrin ini merupakan asas kepada keseluruhan aliran falsafah yang dikenali sebagai Platonisme dan Neoplatonisme. Platonisme cukup berpengaruh di Barat hingga mempesonakan beberapa penyair besar, terutamanya Percy Bysse Shelley yang sentiasa merujuk kepada dunia unggul yang melangkaui dunia harian. Platonisme turut mempengaruhi Spenser, Ralph Waldo Emerson, dan Willian Wordsworth. Bagi pengikut Plato dan Platonisme, keindahan dunia adalah bayangan kepada keindahan lain yang abadi dan sempurna. Idea inilah yang menimbulkan konsep cinta platonik. Bagi seorang kekasih menurut Platonik, pemujaan keindahan fizikal kekasihnya memulakan suatu pergerakan menaik yang menuju kepda keindahan ideal di peringkat kejiwaan dan berakhir dengan visi suci yang penuh dengan rahmat Tuhan. Konsep ini meresapi puisi cinta Zaman Pertengahan dan Zaman Pembaharuan. Konsep ini turut menyatakan situasi yang sesuai untuk cinta erotik dalam agama Kristian. Kini, ungkapan cinta platonik lebih popular sebagai cinta tanpa seks. Hal ini menjatuhkan dan menurunkan makna asal definisi falsafah dan tatalaku yang serius. Lihat juga gua Plato.
marginal productivity doctrinedoktrin daya pengeluaran sutEkonomiTiadaLihat teori daya pengeluaran sut.
doctrinal poetrypuisi doktrinKesusasteraanPuisiPuisi yang mengandungi sesuatu prinsip ataupun kepercayaan (ideologi) yang dianggap benar dan dapat diterima oleh sesuatu kelompok. Puisi ini menceritakan tentang kehidupan buruh yang mempertahankan nasibnya. Contohnya, puisi 'Buruh" karya Usman Awang. Kembali terasa duri untuk mula bertindak, Kesegaran merayap mencari darah dan bergerak; Memberikan segala yang ada dengan rela, Berdiri dengan berani dalam paduan tenaga raksasa.
pantheismpanteismeKesusasteraanTiadaDoktrin dan kepercayaan yang menyatakan bahawa Tuhan merupakan keseluruhan alam semesta, atau setiap unsur alam semesta merupakan sebahagian daripada Tuhan. Panteisme merujuk kepada sebarang konsep falsafah agama yang mengidentifikasikan Tuhan dengan alam semesta. Goethe, Wordsworth dan Emerson menghasilkan beberapa puisi yang bersifat panteistik.
pantheismpanteismeKesusasteraanTiadaDoktrin dan kepercayaan yang menyatakan bahawa Tuhan merupakan keseluruhan alam semesta, atau setiap unsur alam semesta merupakan sebahagian daripada Tuhan. Panteisme merujuk kepada sebarang konsep falsafah agama yang mengidentifikasikan Tuhan dengan alam semesta. Goethe, Wordsworth dan Emerson menghasilkan beberapa puisi yang bersifat panteistik.
associationismasosiasionismePendidikanTiadaDoktrin yang berpegang kepada keperluan prinsip pertama yang tercetus daripada hukum asosiasi sebagai suatu bentuk desakan mental.
fictionalismfiksyenalismePendidikanTiadaDoktrin yang berpegang bahawa semua konsep adalah rekaan semata-mata tentang sesuatu realiti walaupun tidak benar.
laissez jairelaissez faireSains PolitikPolitik PerbandinganDoktrin yang berpegang kepada kebebasan sepenuhnya kepada semua urus niaga dalam sesebuah negara demi kepentingan kebebasan, pasaran dan hak individu. Ini bermakna, sebarang campur tangan kerajaan dalam mempengaruhi pasaran atau meletakkan peraturan dalam urus niaga ditolak sama sekali. Segala aspek dalam urus niaga seperti penetapan harga, jumlah eksport dan import, kadar faedah pinjaman, peraturan pinjaman, insurans, saham, perbankan dan sebagainya bebas ditentukan sendiri oleh pasaran atau aktor yang terlibat sahaja. Kerajaan hanya memerhati dan menyediakan infrastruktur di samping mengutip cukai yang sewajarnya. Dasar ini menjadi asas kepada perkembangan sistem kapitalisme dan sangat bertentangan dengan sistem ekonomi komunisme dan sosialisme. Dasar ini secara tidak langsung memberi kelebihan kepada golongan yang lebih kaya dan meminggirkan golongan yang miskin.
Marxism-Leninismfaham Marx-LeninSains PolitikPolitik PerbandinganFahaman komunis yang dikembangkan oleh Lenin dari doktrin Marx berhubung dengan revolusi komunis yang menggabungkan kelas pekerja, pemimpin pekerja dan petani. Pemikiran ini wujud kerana kegagalan gagasan Marx dalam melahirkan masyarakat komunis secara dialektik materialisme semula jadi. Marx meramalkan golongan buruh ini akan melancarkan revolusi proletar untuk menjatuhkan kelas kapitalis lalu membentuk satu masyarakat tanpa kelas. Lenin kemudiannya mengubah suai fahaman Marx dan membentuk sebuah parti politik di Rusia untuk menggerakkan kelas bawahan gabungan buruh dan petani bagi melancarkan revolusi memperbaik kedudukan mereka. Antara pindaan penting yang dibual oleh Lenin ialah penampilan peranan parti politik, penonjolan kelas tani serta peranan sekumpulan kecil elit yang mendorong kepada revolusi ini. Pemikiran ini merupakan pencetus revolusi di Rusia pada tahun 1917. Sinonim Marxisme-Leninisme.
12

Kembali ke atas