Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[do.ku.men] | دوکومن

Definisi : sesuatu yg bertulis atau bercetak (spt sijil kelahiran, sijil kematian, dll) yg di­gunakan sbg rekod atau bukti: salinan-salinan ~ yg telah dirampas itu ada me­nyebut tentang rancangan pertubuhan haram itu hendak menggulingkan kerajaan; mendokumenkan 1. mencatatkan sesuatu sbg dokumen: negara akan beruntung jika akademi itu mengambil inisiatif utk ~ semua penemuan itu; 2. membuktikan (menunjuk­kan) dgn dokumen, memberi maklumat berupa dokumen utk menerangkan atau membukti­kan sesuatu; pendokumenan perihal (proses, tindakan dsb) mendokumenkan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[do.ku.men] | دوکومن

Definisi : /dokumén/ keterangan (bukti) yg bertulis atau bercetak; surat (surat beranak, surat nikah dll) yg dpt dijadikan keterangan atau bukti. mendokumenkan mencatat atau merekodkan sesuatu sbg dokumen: Akademi itu mengambil inisiatif utk ~ semua penemuan itu. pendokumenan perbuatan atau hal mendokumenkan sesuatu. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dokumen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
transitory health recordrekod kesihatan transitTeknologi Maklumate-KesihatanAplikasi elektronik yang mengandungi rutin surat-menyurat atau dokumen-dokumen lain yang bersifat sementara dan bukan sebahagian daripada rekod pentadbiran. Rekod ini tidak diperlukan untuk mengekalkan fungsi pentadbiran dan tidak difailkan di bawah sistem pengelasan rekod standard.
master formulaformula indukHerbaTiadaSuatu dokumen atau set dokumen yang menerangkan kuantiti bahan pemula, bahan pembungkusan, tatacara dan langkah pengawasan untuk menghasilkan suatu kuantiti produk akhir yang tertentu. Formula ini juga mengandungi arahan pemprosesan dan kawalan dalaman proses bagi pembuatan produk herba.
production master recordrekod induk pengeluaranHerbaTiadaDokumen atau set dokumen yang digunakan sebagai asas bagi dokumentasi pengeluaran kelompok produk herba.
touchsafe systemsistem sentuh selamatTeknologi MaklumatKeselamatan Komputer1. Sistem perlindungan pemalsuan dokumen yang setiap dokumen asli disertai suatu tanda pengesahan, yang hanya boleh dilihat sekiranya haba dari hembusan nafas dikenakan padanya. Tanda pengesahan ini tidak boleh dipalsu atau disalinkan oleh pencetak biasa. 2. Sistem penyalihan identiti biometri berasaskan cap jari untuk membezakan cap jari sebenar atau cap jari palsu yang mungkin dibenamkan pada jari sintetik.
drug registration guidance document (DRGD)dokumen panduan pendaftaran ubat (DRGD)HerbaPeraturan dan PemasaranDokumen yang digunakan sebagai rujukan untuk proses pendaftaran termasuklah kawalan kualiti, pemeriksaan dan pelesenan, serta aktiviti pascapendaftaran produk ubat. Dokumen ini dikeluarkan oleh Pengarah Kanan Perkhidmatan Farmasi di bawah Peraturan-peraturan Kawalan Dadah dan Kosmetik 1984 (CDCR).
portable document format (PDF)format dokumen mudah alih (PDF)-TiadaFormat fail yang dibangunkan oleh Adobe Acrobat untuk memaparkan dokumen termasuk susun atur teks dan grafik yang tetap. Dokumen PDF bebas dipaparkan dan dibaca semula menggunakan pelbagai platform aplikasi.
digital object identifier (DOI)pengecam objek digitalTeknologi MaklumatTiadaRentetan nombor, aksara dan simbol yang digunakan untuk mengenal pasti artikel atau dokumen dan pautannya di laman sesawang. Pengecam objek digital akan membantu alat baca mencari dokumen dengan mudah daripada petikan yang terakam di dalam suatu dokumen atau satu set dokumen.
digital signaturetandatangan digitalTeknologi Maklumate-KesihatanIdentifikasi pelanggan yang disulitkan dan telah didaftarkan dengan pihak berkuasa. Tandatangan digital membolehkan identiti pengirim dokumen atau e-mel ditentusahkan dan memastikan dokumen yang dikirim tidak diubah suai. Individu yang mengirim dokumen berserta tandatangan digital tidak dapat menafikan bahawa dia yang telah mengirimkan dokumen tersebut. Terdapat dua jenis tandatangan digital, iaitu tandatangan yang disulitkan oleh pengirim sendiri dan sijil digital tersulit. Dalam bidang e-kesihatan, tandatangan digital akan dilampirkan bersama-sama e-mel atau dokumen kesihatan yang dikirim oleh seseorang yang telah diberikan autoriti.
redacted documentdokumen tersuntingPenerbitanTiadaSalinan dokumen asal yang butiran maklumatnya telah disunting.
analytical method validation documentdokumen pengesahsahihan kaedah analisisHerbaPeraturan dan PemasaranDokumen yang mengandungi protokol analisis untuk pengujian bahan-bahan mentah, pengesahsahihan analisis untuk produk siap, prosedur pengesahsahihan analisis untuk produk siap, set lengkap data yang diperoleh dari proses pengesahsahihan, sijil analisis tiga kelompok produk siap, sijil analisis untuk satu kelompok bahan mentah yang digunakan dalam produk, dan ringkasan serta kesimpulan proses pengesahsahihan.
12345678910...

Kembali ke atas