documentation | dokumentasi | Herba | Tiada | Kaedah mengumpul, mengatur, menyimpan, merujuk dan menyebar dokumen atau maklumat bahan dan sediaan herba yang dirakam dalam salinan keras dan salinan lembut. Dokumentasi ini merupakan komponen penting dalam prosedur pengendalian piawai (SOP), Amalan Makmal Baik (GLP), Amalan Pertanian dan Pengumpulan Baik (GACP), Amalan Pengilangan Baik (APB) dan Amalan Klinikal Baik (GCP). |
nursing documentation | dokumentasi kejururawatan | Kejururawatan | Tiada | Catatan maklumat yang berkaitan dengan pesakit dari segi pengumpulan data, perancangan, pelaksanaan dan tindak balas pesakit semasa perawatan. |
production master record | rekod induk pengeluaran | Herba | Tiada | Dokumen atau set dokumen yang digunakan sebagai asas bagi dokumentasi pengeluaran kelompok produk herba. |
Good Agricultural Practices (GAP) | Amalan Pertanian Baik (GAP) | Herba | Tiada | Garis panduan berkaitan dengan amalan dan prosedur yang perlu dilakukan untuk penanaman herba. Panduan ini penting untuk tujuan rekod dan dokumentasi data dan maklumat semasa penanaman bahan herba tersebut. Aspek yang terangkum dalam panduan ini termasuk pengenalpastian tanaman herba (pemilihan spesies herba yang betul, penentuan identiti botani dan penyediaan spesimen baucer), kaedah, peralatan dan bahan penanaman (pemilihan kawasan yang sesuai dari segi persekitaran ekologi dan kesan sosial, cuaca, jenis tanah, sistem pengairan, penyelenggaraan dan pengawalan terhadap makhluk perosak), penuaian dan personel. GAP ini merupakan langkah pertama dalam proses jaminan kualiti untuk memastikan penghasilan bahan herba yang berkualiti tinggi dan produk herba yang selamat dan berkesan. Amalan ini juga dapat mengawal sumber semula jadi herba untuk kegunaan berterusan. Sinonim GAP. |
penetration testing | ujian penembusan | Teknologi Maklumat | Keselamatan Komputer | Kaedah menguji kekukuhan mekanisme keselamatan sistem komputer dengan membuat pencerobohan yang terancang. Matlamat pengujian ini adalah untuk mencari kelemahan yang tidak dijangka pada prasarana sistem komputer. Pihak yang menjalankan ujian akan memaklumkan kaedah serangan atau penggodaman yang digunakan dan juga hasil yang diperoleh kepada pemilik sistem. Penyerang dianggap akan menggunakan semua pengendalian sistem dan mempunyai capaian ke semua dokumentasi sistem termasuk, reka bentuk, kod atur cara atau skema sistem. Penilai akan mengenakan kawalan dan perlindungan seperti yang biasanya diamalkan untuk mengawal pengguna lain. Sekiranya kelemahan sistem keselamatan ditemui, maka langkah pembaikan akan diambil untuk menyelesaikannya. |
Good Manufacturing Practices (GMP) | Amalan Pengilangan Baik (APB) | Herba | Tiada | Sebahagian daripada jaminan kualiti yang memastikan produk herba dihasilkan dan dikawal menurut piawai kualiti yang sesuai serta mematuhi keperluan penguatkuasaan atau spesifikasi produk. Di Malaysia, pengilangan produk herba mestilah dilakukan dalam premis yang mematuhi APB dan mendapat kelulusan daripada Biro Pengawalan Farmaseutikal Kebangsaan, Kementerian Kesihatan Malaysia. Amalan baik dalam pengilangan merangkumi aspek premis, kawasan kerja dan penstoran, peralatan, bahan mentah, bahan pembungkusan, prosedur pengilangan, dokumentasi, ujian kawalan kualiti, kakitangan dan bahan buangan. |