missa pro defunctis | missa requiem | Muzik | Tiada | Missa untuk orang yang telah meninggal dunia. Kandungan teks bagi gubahan jenis ini biasanya merangkumi gerakan atau bahagian seperti introit (Requiem aeternam), kyrie, graduate (Requiem aeternam) dan tract (Absolve, Domine), sequence (Dies Irae, dies ilia), offertory (Domine Jesu Christe), sanctus dan benedictus, agnus dei, communion (Lux aeterna luceat eis,Domine), dan responsory (Libera me). Teks missa requiem biasanya dalam bahasa Latin atau bahasa Jerman. Gubahan muzik berdasarkan teks missa requiem ini dipelopori Ockeghem sekitar tahun 1470. Semenjak abad ke-16, beratus-ratus karya requeim telah dihasilkan. Palestrina, J.C. Bach, Cherubini, Verdi, Berlioz dan Beethoven adalah antara komposer yang telah menghasilkan karya jenis ini. Contoh karya adalah seperti Requiem Mass D minor, K. 626 (1791) oleh Mozart, Ein Deutsches Requiem, Op.45 (1868) oleh Brahms, dan War Requiem (1961) oleh Britten. |