Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : sj nyanyian (lagu) Melayu yg dinyanyikan oleh dua orang penyanyi dgn berbalas-balas pantun mengikut irama muzik yg tertentu (utk bersuka-suka); berdondang sayang 1. bernyanyi dondang sayang: leka membuang masa bersuka-suka ~; 2. ki membuat sesuatu dgn sesuka hati (kerana tidak ada orang yg ditakuti spt ibu bapa, guru, ketua, pengawas, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : sj nyanyian atau lagu utk menghibur hati, biasanya dinyanyikan oleh dua orang dgn berbalas-balas pantun. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
 
sayang
1. Bersinonim dengan kasih
( cinta, rindu, asyik, mahsyuk, berahi, )
(adjektif:)
Berantonim dengan berahi

2. Bersinonim dengan suka
( gemar, minat, ghalit, )
(adjektif:)
Berantonim dengan benci

3. Bersinonim dengan kasihan
( simpati, belas, timbang rasa, )
(kata nama:)

4. Bersinonim dengan kekasih
( jantung hati, buah hati, )
(kata nama:)

5. Dalam konteks rugi
bersinonim dengan kesal, hampa, kecewa, terkilan,
(adjektif:)

Kata Terbitan : bersayangan, bersayang-sayangan, menyayangi, kesayangan, penyayang,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
folk songlagu rakyatKesusasteraanTiadaNyanyian yang biasanya dikaitkan dengan kehidupan, pengalaman atau aktiviti harian golongan masyarakat pratulisan. Lagu rakyat biasanya bertemakan pekerjaan, agama, pendidikan, dan percintaan, dan popular sebagai hiburan untuk mengiringi tarian atau sesuatu keramaian. Contoh lagu rakyat yang utama, antaranya lagu nelayan dan petani, lagu kanak-kanak, dondang sayang dan dikir. Lagu rakyat biasanya mempunyai melodi, lirik dan bentuk yang mudah dingati. Pantun biasanya menjadi bentuk yang paling popular untuk lagu-lagu rakyat. Contoh lagu rakyat dalam sastera Parsi berjudul Tarana-yi Baran va Tarana-yi Khurshid khanum (Puan lagu Hujan dan Lagu Mentari). Contoh lagu rakyat dari Kedah adalah seperti yang berikut: Kuak-kuak kerbau di ladang, wei, alih tambat jalan ke rumah lah, Emak-emak abang ku datang, wei, hampar tikar tabur bunga lah.

Kembali ke atas