Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : IB, bp puting getah (utk menyusui anak-anak kecil); didot disusui dgn dot. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dot


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
quantum dotbintik kuantumFizikNanoteknologiZarah bersaiz nanometer yang terdiri daripada gabungan atom atau molekul yang biasanya terdiri daripada bahan semikonduktor. Zarah ini dianggap sebagai suatu bintik yang mengandungi 1 elektron - 100 elektron, lohong atau eksiton yang terkurung dalam perigi keupayaan elektrostatik. Pengurungan ini menyebabkan elektron atau lohong mempunyai tenaga terkuantum yang dapat dicerap sebagai spektrum cahaya yang diskret. Bintik kuantum bersifat pendarfluor dan digunakan sebagai penderia biologi dan dalam peranti fotonik.
polka dot jerseyjersi bintikSukanLumba BasikalPakaian khusus yang dipakai oleh pemenang semasa dalam acara jaguh bukit.
colloidal quantum dotbintik kuantum koloidFizikNanoteknologiZarah yang berada dalam bentuk larutan berkoloid. Bintik ini disintesis secara kimia menggunakan tiga komponen, iaitu pelopor, surfaktan organik dan pelarut. Bintik kuantum akan terbentuk menerusi proses pemanasan yang terkawal. Bintik kuantum ini bersifat pendarfluor apabila dipancarkan sinaran ultralembayung dan warna yang dipancarkan bergantung pada saiz bintik kuantum. Bintik kuantum disangkut pada molekul biologi dan digunakan dalam bidang perubatan.
semiconductor quantum dotbintik kuantum semikonduktorFizikNanoteknologiHablur semikonduktor bersaiz antara 2 nm - 10 nm yang mengandungi 100 elektron - 1000 elektron atau 10 atom - 50 atom. Bintik kuantum mengurungi elektron, lohong atau pasangan elektron-lohong (atau eksiton) dalam ruang bersaiz jarak gelombang Compton. Pengurungan ini menyebabkan berlaku pengkuantuman aras tenaga sama seperti yang berlaku dalam atom. Pengkuantuman tenaga memberikan sifat optik istimewa yang dapat digunakan sebagai tag pendarfluor untuk penanda biologi, diod pemancar cahaya, sel fotovoltan dan komputer kuantum. Contoh bahan semikonduktor ialah kadmium selenida dan plumbum sulfida. Bintik kuantum semikonduktor juga dikenali sebagai atom buatan. Sinonim nanohablur semikonduktor.

Kembali ke atas