Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
 
tari
Kata Terbitan : menari, tarian, penari,


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dance dramadrama tariKesenianDrama dan TeaterGenre drama yang menggunakan gerak tari untuk menyampaikan cerita. Drama tari boleh disampaikan sama ada dengan menggunakan dialog atau tanpa dialog.
dance dramadrama tariKesenianTiadaTarian bercerita latar.
gambuhgambuhKesenianDrama dan Teater1. Drama tari klasik Bali yang berunsur ritual dan biasanya membawa cerita Panji dalam persembahannya. Lihat jugaarja. 2. Gambuh juga merujuk kepada watak ketua atau pemimpin penari, pemuzik atau bomoh dalam persembahan tersebut.
arjaarjaKesenianDrama dan TeaterTeater tradisional berbentuk drama tari yang popular di Bali. Persembahannya menggunakan penceriteraan melalui puisi tembang oleh penembang dengan iringan muzik gamelan.
balletbaletKesenianDrama dan TeaterBentuk tari yang melahirkan perasaan atau cerita melalui pergerakan dengan iringan muzik. Persembahan balet boleh dijadikan drama tari untuk mengangkat sesebuah cerita tertentu.
theatre-in-the-roundteater arenaKesenianDrama dan TeaterPengolahan produksi teater atau persembahan drama yang dilakukan sama ada di pentas berkonsep arena atau ruang terbuka. Makyung ialah satu bentuk drama tari tradisional Melayu yang persembahannya dibuat dalam bentuk teater arena. Lihat jugaarena, pentas arena.
wayang wongwayang wongKesenianDrama dan TeaterPersembahan lakon yang wataknya dimainkan oleh manusia, tetapi mengambil cerita dan kostum daripada tradisi wayang kulit, iaitu daripada repertoir Hikayat Seri Rama dan Pandawa Lima. Bentuk persembahan wayang wong bersifat drama tari dan mula diperkenalkan di Jawa Tengah dalam kraton atau istana Jogjakarta.
menoramenoraKesenianDrama dan TeaterPersembahan teater tarian rakyat yang menggunakan unsur-unsur tari, muzik dan ucapan. Persembahan menora mengutamakan cerita melalui gerak tari yang menumpukan kepada pergerakan jari-jemari tangan dan kaki. Menora popular dalam kalangan kaum Siam yang bermastautin di negeri-negeri yang berjiran dengan negara Thailand. Dalam persembahan menora, perkara yang paling penting ialah pakaian mahkota atau kecopong yang berbentuk khusus kerana menora mengisahkan makhluk separuh manusia dan separuh burung yang dikenali sebagai Kinnari.
butobutoKesenianDrama dan TeaterSejenis tarian yang berasal dari Jepun dengan mengambil nama pencipta gaya tari. Buto mula diperkenalkan selepas Perang Dunia Kedua. Ragam tari buto berasaskan alam seolah-olah penarinya terikat kepada tenaga bumi.
kabukikabukiKesusasteraanTiadaTeater tradisi Jepun yang merangkumi unsur muzik, tari, dan dialog. Teater ini dimulakan oleh Okuni, seorang penari perempuan Jepun pada tahun 1603. Hampir semua drama kabuki berbentuk melodrama. Setiap drama mengandungi beberapa episod dan apabila disambungkan episodnya menjadi suatu persembahan yang panjang. Drama kabuki boleh dibahagikan kepada dua bahagian. Pertama, Jidaimono, iaitu cerita sejarah yang mengisahkan nilai tradisi Samurai. Kedua, Sewamono yang menceritakan tentang kaum pedagang. Kabuki menggunakan cara persembahan yang dilebih-lebihkan dan mencantumkan gaya deklamasi dengan gerak tarian. Peranan utama dalam kabuki dibahagikan kepada Tachiyaku, iaitu orang yang taat setia, Katakiyaku, orang yang jahat, Wakashukata, orang muda, Dokekata, pelawak yang baik dan yang jahat, dan Onnagata yang merupakan peranan perempuan yang dimainkan oleh lelaki. Chikamatsu Monzameon (1653-1724) merupakan dramatis kabuki yang terkenal dan beliau menulis antara 25 hingga 50 buah drama. Seorang lagi penulis drama k
12

Kembali ke atas