pharmacodynamic | farmakodinamik | Farmasi | Farmakologi | Kajian terhadap kesan-kesan biokimia dan fisiologi drug serta mekanisme tindakan drug-drug tersebut, termasuklah hubung kait antara tindakan-tindakan dan kesan-kesan tersebut dengan struktur kimianya. Farmakodinamik juga merujuk kepada salah satu cabang dalam fannakologi yang mengkaji bagaimana suatu drug bertindak ke atas organisma hidup, termasuk tindak balas farmakologi, jangka masa dan magnitud tindak balas yang dilihat relatifkepada kepekatan drug pada tapak aktif dalam sesuatu organisma. |
antiplatelet drug | drug antiplatelet | Farmasi | Farmakologi | Drug yang menghalang platelet daripada berlrumpul untuk membentuk plak atau trombus. Drug ini digunakan untuk mencegah pembekuan darah dan mengubah proses semula jadi penyakit aterosklerosis.Drug antiplatelet sangat efektif bertindak dalam peredaran arteri apabila penggunaan drug antikoagulasi kurang berkesan. Drug ini digunakan secara meluas sebagai penghalang primer atau sekunder terhadap penyakit serebrovaskular trombotik atau kardiovaskular. Drug antiplatelet dikelaskan kepada perencat siklooksigenase tidak berbalik (aspirin), perencat reseptor adenosina difosfat (klopidogrel), perencat fosfodiesterase (silostazol),perencat glikoprotin IIB/IIA (tirofiban), perencat pengambilan semula adenosina (dipiridamol) dan perencat trombaksan (terutroban). Kesan sampingan biasa akibat penggunaan drug jenis ini ialah luka pada gastrousus. |
sublingual | sublingua | Farmasi | Farmakologi | Lokasi di bawah lidah yang digunakan sebagai laluan pemberian drug. Drug yang diberi melalui laluan ini akan diserap melalui mukosa untuk mencapai kesan sistemik tanpa melalui kesan laluan pertama.Contoh drug yang diberi melalui lokasi ini ialah gliseril trinitrat (GNT). |
sublingual | bawah lidah | Farmasi | Farmaseutik | Lokasi di bawah lidah yang digunakan sebagai laluan pemberian drug. Drug yang diberi melalui lokasi ini akan diserap melalui mukosa untuk mencapai kesan sistemik tanpa melalui kesan laluan pertama. Contoh drug yang diberi melalui lokasi ini ialah gliseril trinitrat (GTN). Lihat sublingua. |
antimuscarinic drug | drug antimuskarinik | Farmasi | Farmakologi | Drug yang menyekat aktiviti reseptor asetilkolina muskarinik pada sistem saraf periferi dan sistem saraf pusat. Kebanyakan drug antimuskarinik adalah sintetik (seperti hiosin, ipratropium, tropikamida dan siklopentolat), manakala atropina ialah alkaloid beladona yang diekstrak secara semula jadi. Kesan sampingan akibat pengambilan drug jenis ini secara berlebihan termasuklah kemurungan CNS yang dicirikan sebagai amnesia, keletihan dan kurang tidur. Drug antimuskarinik digJmakan sebagai drug antiparkinson untuk merawat ketidakseimbangan antara aras asetilkolina yang lebih tinggi dandopamina yang lebih rendah pada otak. Selain itu, drug ini juga berkesan untuk merawat asma kerana asetilkolina juga boleh menyebabkan penguncupan otot liein, terutamanya pada bronkus. |
sulphur drug | drug sulfa | Veterinar | Tiada | Kumpulan drug yang mengandungi sulfur dikenali sebagai sulfonamida. Drug ini digunakan untuk mengawal jangkitan bakteria sistemik. Antara contoh drug dalam kumpulan ini ialah sulfatiazol, sulfadimidina, sulfamerazina, sulfadiazina, sulfapiridina dan sulfabromometazina. Mekanisme tindakannya ialah dengan menghalang sintesis protein dan proses metabolisme bagi merencat pembiakan bakteria. Drug ini lebih berkesan jika diberi pada peringkat awal jangkitan sesuatu penyakit. |
drug dependence | kebergantungan drug | Farmasi | Farmakologi | Pengambilan drug yang berterusan untuk mengekalkan keadaan selesa, sama ada dari segi fizikal atau psikologi. Pengambilan drug ini tidak termasuk penggunaan drug untuk rawatan penyakit. Sekiranya pemberhentian terhadap drug berkenaan dilakukan secara mengejut, keadaan yang dinamakan sindrom sarak akan berlaku. Jenis drug yang biasanya menyebabkan keadaan ini ialah opiat dan benzodiazepina. |
antidiarrheal agent | agen antidiarea | Farmasi | Farmakologi | Agen yang digunakan untuk merawat cirit-birit. Agen ini dikelaskan kepada drug-drug parasimpatolitik seperti atropina yang bertindak sebagai agen spasmolitik atau antispasmodik, penjerap seperti arang teraktif dan kaolin, astringen (contohnya, gambir), asid tanik serta opiat. Walau bagaimanapun, pengelasan ini tidak termasuk agen-agen yang digunakan untuk merawat penyakit-penyakit tertentu, yang menyebabkan diarea atau cirit-birit. Contohnya, antibiotik. Lihat juga parasimpatolitik, antispasmodik. |
generics | generik | Farmasi | Farmaseutik | Drug atau formulasi drug yang tidak lagi mempunyai perlindungan paten. Drug generik boleh memasuki pasaran apabila paten asas yang melindungi drug asal telah luput. Drug ini diwajibkan memenuhi syarat biokesetaraan dengan drug yang asal. |
drug interaction | interaksi drug | Farmasi | Farmakologi | Keadaan yang berlaku apabila sesuatu drug bertindak balas sesama sendiri atau dengan drug lain, agen kimia endogenus, komponen dalam diet atau dengan bahan-bahan kimia yang digunakan, atau yang berpunca daripada ujian-ujian diagnostik. Interaksi drug akan menghasilkan kesan-kesan seperti yang berikut: 1. Kesan farmakologi, sama ada yang diingini atau tidak diingini. 2. Kesan kimia atau :fisiologi, khususnya yang terhasil apabila dua jenis drug yang berbeza diambil secara bersama-sama. 3. Kesan yang terhasil apabila dua atau lebih drug diambil secara bersama-sama, mengakibatkan perubahan terhadap kesan drug jika diambil berasingan. Drug tersebut mungk:in mempunyai kesan penggalak atau aditif, dan kesan-kesan sampingan yang serius. |