Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.bur] | دوبور

Definisi : bahagian pd punggung tempat najis dikeluarkan, jubur, pelepasan. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.bur] | دوبور

Definisi : lubang (bahagian) pd hujung salur makanan tempat najis keluar; jubur. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dubur


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
hematocheziahematokeziaPerubatanTiadaDarah yang keluar dari dubur, biasanya di dalam atau pada najis yang disebabkan oleh perdarahan pada saluran pencernaan bahagian bawah, seperti usus besar atau rektum.
haemorrhoidhemoroid/buasirHerbaPemiawaianKeadaan apabila rangkaian vena pada dubur mengembang dan kelihatan berpintal akibat tekanan tinggi yang berterusan pada vena rektum inferior. Contoh herba yang digunakan untuk merawat hemoroid ialah nanas batu (Ananas comosus) dan manjakani (Quercus infectoria). Sinonim buasir.
intimate searchpemeriksaan dalamanKriminologiTiadaPemeriksaan fizikal di bahagian kemaluan atau dubur terhadap suspek yang ditahan polis.
foetal defectkecacatan fetusPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKecacatan yang berlaku pada haiwan semasa lahir, sama ada disebabkan oleh faktor genetik atau bukan genetik ketika pranatal. Contoh kecacatan fetus ialah dubur buntu pada babi.

Kembali ke atas