Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : ; kain ~ kain penggendong atau pengambin (anak dll); berdukung duduk bercelapak di belakang atau di pinggang orang: anak monyet ber­pegang teguh dan ~ pd ibunya ke mana sahaja ibunya pergi; mendukung 1. membawa kanak-kanak kecil sama ada ia bercelapak pd pinggang (atau di belakang) atau dgn menyokong punggung kanak-kanak itu dgn sebelah tangan dan se­belah tangan lagi diletakkan di bawah ke­tiaknya: perempuan itu ~ anaknya; 2. meng­gendong: dia memasukkan barang-barang itu ke dlm kain dan ~nya; 3. ki memikul atau menyokong dan berusaha dsb utk menjayakan (memperkukuh, menegak­kan, dsb): bahawa­sanya negara kita Malaysia ~ cita-cita hen­dak mencapai perpaduan yg lebih erat di kalangan seluruh masya­rakatnya; mereka tidak teragak-agak lagi utk ~ cita-cita men­daulatkan Bahasa Kebangsaan; dlm konteks negara kita Malaysia, tugas ini didukung oleh Dewan Bahasa dan Pustaka; 4. mem­bantu bersama-sama, menyokong: parti yg memerintah didukung oleh majoriti rakyat; 5. menge­mukakan atau menyampaikan (maksud dsb): pemilihan kata-kata dlm cerpen itu kurang dapat ~ isi ceritanya; ~ biawak hidup prb perihal mempunyai isteri atau anak perempuan yg nakal; didukung disangka orang sakit, kiranya orang ke­kenyangan prb menolong orang yg tidak kena pd tempatnya; dukungan 1. sesuatu yg didukung: maka Malim Deman pun meletakkan ~nya lalu naik ke rumah Nenek Kebayan; 2. keadaan didukung: anaknya yg keempat dlm ~ dan anaknya yg kelima dlm kandungan; 3. tempat mendukung (spt pd pinggang, be­lakang, di atas tangan, dsb): anaknya tertidur di atas ~nya; 4. sokongan, per­tolongan, bantuan: kelahiran Malaysia telah mendapat ~ yg kuat drpd pihak Bangsa-Bangsa Bersatu; pendukungan 1. perbuatan mendukung seseorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. perihal mendukung (sesuatu cita-cita dsb): dlm semua karyanya, penulis itu menonjolkan ~nya terhadap realiti Malaysia; pendukung 1. orang yg mendukung se­seorang (di pinggang, di belakang, dsb); 2. orang yg mendukung (menggendong), peng­gendong, pembawa; 3. sesuatu yg digunakan utk mendukung (menggendong), peng­gen­dong, pembawa: Bujang Selamat pun meng­hadap Uli Emak si Anjing me­mohonkan kain ~ tepak; 4. orang (persatuan dsb) yg men­dukung (sesuatu cita-cita dsb), sesuatu yg menyokong (menjadi sumber kekukuhan dsb): persatuan-persatuan belia merupakan ~ cita-cita kerajaan utk me­wujudkan satu generasi muda yg berdedikasi dan berhemah tinggi; 5. orang yg men­dukung (mem­per­juangkan) sesuatu fa­ham­an: ~ faham liberal mendapat sambutan yg kuat drpd rakyat yg cinta kebebasan; 6. sesuatu yg mendukung (akan menyampaikan), penyampai, penge­muka: susunan kata dan gaya kalimat mempunyai tugas sbg ~ rasa pencipta. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dukung I

Puisi
 

Dukung anak dari Melaka,
     Disambar jin di tepi kolam;
Intan terletak gunung permata,
     Cahaya melimpah serata alam.


Lihat selanjutnya...(2)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
lithotripticlitotriptikHerbaTiadaHerba yang melarutkan dan menyingkirkan batu karang dari tubuh. Contoh herba ini ialah misai kucing, dukung anak, misai jagung, pecah beling, lempung atau tempurung (Sonchus arvensis) dan parsli.
bioactivitybioaktivitiHerbaPemiawaianInteraksi dan kesan biologi terhadap tisu dan organisma hidup. Contohnya, kesan antiradang yang dihasilkan oleh agen filantin daripada ekstrak pokok dukung anak (Phyllanthus amarus).
hepatichepatikHerbaTiadaHerba yang digunakan untuk menguatkan, meningkatkan dan menggalakkan pengaliran hempedu bagi mengekalkan fungsi hati pada paras normal. Contoh herba ini ialah buah zaitun dan dukung anak.
extract analysisanalisis ekstrakHerbaPemiawaianPengujian sama ada secara kualitatif atau kuantitatif ke atas komponen yang telah diasingkan daripada campuran cecair atau pepejal ekstrak herba. Contohnya, analisis filantin dan hipofilantin ekstrak metanol daun dukung anak (Phyllanthus niruri).
leafdaunHerbaTiadaOrgan utama fotosintesis tumbuhan. Daun tumbuh daripada batang atau dahan dan terdiri daripada lamina dan tangkai daun. Daun utuh dalam bentuk kering atau segar digunakan sebagai bahan mentah herba selepas dikisar atau diserbukkan. Contohnya, daun misai kucing, daun teh, daun senamaki dan daun dukung anak.

Kembali ke atas