Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.lang] | دولڠ

Definisi : 1. sj talam drpd kayu (kadang-kadang berkaki): pd dicecah dgn kuku, biar terletak di atas ~; 2. talam; ~ alas talam utk pengalas makanan dll; ~ pelanda talam pelimbang emas (bijih dll); bagai ~ dgn tudung saji prb sesuatu yg berpadanan (spt suami isteri yg sama elok parasnya dll); lain ~ lain kaki, lain orang lain hati prb tiap-tiap orang berbeza ke­sukaannya; mengata ~ paku serpih, mengata orang awak (aku) yg lebih prb mencela orang tetapi diri sendiri lebih buruk drpd yg dicela; berdulang mempunyai (beralaskan) dulang, bertalam: hidangan itu dibawa ke dlm tanpa ~; berdulang-dulang beberapa banyak dulang (berserta lauk-pauk di dalamnya): sekawah nasi dan ~ lauk musnah dlm banjir kilat itu; mendulang melanda (melimbang) emas atau bijih dgn dulang: banyak orang yg didapati ~ bijih di anak-anak sungai dlm kawasan hutan simpan; pendulangan perbuatan mendulang, pelim­bangan; pendulang 1. dulang utk melanda (me­limbang); 2. orang yg kerjanya mendulang (emas, bijih, dsb). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.lang] | دولڠ

Definisi : Mn; mendulang membumbung berkepul-kepul (asap dll). (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.lang] | دولڠ

Definisi : Jw; mendulang menyuapkan makanan kpd anak-anak. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.lang] | دولڠ

Definisi : 1 talam drpd kayu yg kadang-kadang diberi berkaki. 2 talam drpd logam, plastik dll utk menyajikan atau utk mengangkat makanan. ~ alas talam utk mengalas makanan dll. ~ pelanda talam yg dibuat drpd kayu dsb dan digunakan utk melimbang bijih (emas dll). berdulang 1 mempunyai atau ada dulang. 2 mempunyai dulang sbg alas; beralaskan dulang; bertalam: Hidangan itu tidak ~. mendulang melimbang bijih (emas dll): Masih ada lagi perempuan-perempuan Cina yg ~ bijih di tepi-tepi Sungai Kinta. pendulangan perbuatan mendulang. pendulang 1 orang yg kerjanya mendulang (melimbang) bijih dsb. 2 dulang utk melimbang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata dulang

Puisi
 

Hendak dulang kuberi dulang,
     Dulang berisi antah bertih;
Hendak pulang kuberi pulang,
     Pulang beriring gajah putih.


Lihat selanjutnya...(73)
Peribahasa

Lain dulang lain kaki,
     lain orang lain hati.

Bermaksud :

Masing-masing orang dengan kesukaannya. (Peribahasa lain yang sama makna: Lain orang, lain pendapat).

 

Lihat selanjutnya...(11)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dulang-dulang kerisdulang-dulang kerisKerisTiadaLihat pendongkok.
tray dryerpengering dulangFarmasiFarmaseutikPeralatan seperti ketuhar yang mempunyai pelbagai tingkat di dalamnya untuk diletakkan dulang-dulang yang diisi serbuk yang akan dikeringkan. Udara di dalam ketuhar dialirkan secara turbulen dan dipanaskan menggunakan elemen elektrik atau paip yang mengandungi stim.
pendongkokpendongkokKerisTiadaGelang perhiasan seperti tampuk bunga yang dipasang di antara bahagian hulu dengan bahagian mata. Sin: dokok, dongkok, dulang-dulang keris, mendak. Lihat penongkok.
service traydulang sajian/dulang layanPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
turbo dryerpengering turboKejuruteraanKejuruteraan KimiaPengering yang terdiri daripada turus yang mengandungi dulang yang dicondongkan pada sudut tertentu. Pepejal yang lembap disuapkan ke dalam dulang teratas dan pepejal menggelongsor dari dulang ke dulang sambil dikeringkan oleh gas pemanas yang berlawanan arah yang dibekalkan oleh kipas turbin. Wap air daripada pepejal disejat oleh gas pemanas secara berperingkat (bergantung pada masa mastautin pepejal di dalam turus) dengan mengawal sudut condongan dulang.
cabinet drierpengering kabinetMakanan dan PemakananTeknologi MakananAlat yang terdiri daripada kabinet bersalut penebat yang mempunyai kipas yang mengedar udara melalui pemanas dan sesekat. Sesekat ini boleh dilaras supaya udara dapat dihalakan secara mendatar atau menegak di antara dulang-dulang makanan. Pengering kabinet biasanya digunakan untuk pengeringan sayur-sayuran dan buah-buahan.
weep actiontindakan lelehKejuruteraanKejuruteraan KimiaPemindahan keseluruhan cecair dari satu dulang ke dulang lain.
gasing dulanggasing dulangSukanTiadaGasing piring yang berbentuk lebih besar.
turbogrid traydulang turbogridKejuruteraanKejuruteraan KimiaDulang tapis yang diperbaik dengan menggunakan lubang alur untuk menggantikan lubang bulat dan dikendalikan seperti penyentuh dulang berlawanan.
bubble cap traydulang tukup gelembungKejuruteraanKejuruteraan KimiaDulang yang mengandungi lubang alur pada tukup gelembung untuk membenarkan aliran gas mengalir melalui dulang dan membolehkan pemindahan jisim berlaku di antara gas dan cecair.
12345678910...

Kembali ke atas