Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[du.ta] | دوتا

Definisi : 1. utusan; raja ~ sl ketua utusan; 2. = ~ besar pegawai diplomatik yg tertinggi pangkatnya yg dihantar oleh kerajaan atau negaranya ke negara asing utk tinggal me­netap di sana (selama beberapa tahun) sbg wakil kerajaannya; 3. wakil yg dilantik secara sah atau dihantar (oleh kerajaan, pertubuhan, firma, dsb) ke negara asing (mis utk meng­galakkan pelancongan, pelaburan, dsb): kum­pulan kebudayaan dr Kementerian Ke­budayaan Belia dan Sukan dihantar ke Paris sbg “~” penggalakan pelancongan ke Malaysia; ~ kecil kanak-kanak yg dihantar ke luar negeri sbg “duta” (utk menggalakkan pelancongan dsb); ~ pengembara Id wakil negara yg pergi ke negara-negara lain utk menguruskan sesuatu hal; kedutaan pejabat tempat duta dan pegawai-pegawai diplomatiknya bertugas: di Bangkok, Amerika Syarikat mempunyai ~ yg terbesar sekali; perdutaan ark perutusan ke luar negeri; peduta, penduta ark sl timbalan (penolong) ketua dlm sesuatu utusan: apa nama raja dutanya dan siapa ~nya? (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[du.ta] | دوتا

Definisi : wakil kerajaan di sesebuah negara luar (asing). ~ besar wakil kerajaan yg tertinggi di negara asing. kedutaan pejabat tempat duta dan pegawai-pegawainya bertugas. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata duta


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
ambassadordutaSains PolitikHubungan AntarabangsaU tusan rasmi yang mewakili sesebuah negara atau sesebuah organisasi antarabangsa yang berdaulat. Duta ditauliahkan sebagai wakil sesebuah negara dengan tugas diplomatik. Lazimnya, seseorang duta serta kakitangannya ditempatkan di pejabat kedutaan di ibu kota sesebuah negara dan dikurniakan dengan kekebalan diplomatik. Dalam kalangan negara-negara komanwel, pegawai diplomatik kanan dikenali sebagai Pesuruhjaya Tinggi.
ambassadorduta besarSains PolitikHubungan AntarabangsaPerwakilan diplomatik tertinggi sesebuah negara dengan negara lain dalam hubungan antarabangsa. Peraturan antarabangsa mengenai duta ini telah dimeterai dalam kongres Vienna pada 19 Mac 1815 antara ketua negara Eropah. Konvensyen Vienna mengenai hubungan diplomatik kemudiannya ditandatangani pada 18 April 1961 yang mengukuhkan lagi kedudukan duta besar sebagai perwakilan negara asing yang tertinggi. Seseorang duta besar diterima oleh ketua negara dengan menyerahkan surat watikah lantikan dalam satu upacara rasmi negara. Perwakilan tersebut menjadi pihak penghubung antara negara mereka dengan negara tuan rumah dalam pelbagai bidang seperti politik, ekonomi, dan sosial. Perwakilan mempunyai hak imuniti di negara tuan rumah.
ambassadordutaPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
ambassadordutaPerpustakaanTiadaTiada
ambassadordutaUndang-undangTiadaTiada
Papal nuncioduta PausSejarahTiadaTiada
Ambassador Extraordinary & PlenipotentiaryDuta Besar Istimewa dan MutlakPentadbiran PerniagaanTiadaTiada
Envoy Extraordinary and PlenipotentiaryDuta Besar Mutlak dan IstimewaSejarahTiadaOrang yang dilantik sebagai pegawai diplomatik yang mempunyai kuasa yang mutlak dan istimewa mewakili negaranya dalam urusan antarabangsa.
charge d�affaireskuasa usahaSains PolitikHubungan AntarabangsaPenjawat yang mewakili Kementerian Luar Negeri sesebuah negara yang ditempatkan di luar negara. Jawatan tersebut merupakan pangkat tertinggi selepas duta besar di pejabat kedutaan. Semua pegawai diplomatik yang ditempatkan di sesebuah negara asing biasanya dikenali sebagai kor diplomat dan duta besar bertindak sebagai ketua. Para diplomat dan kakitangannya serta keluarga mereka diberikan hak imuniti (kekebalan).
plenipotentiaryplenipotensiariSejarahTiadaWakil atau duta besar yang mempunyai kuasa penuh untuk bertindak dan membuat keputusan bagi pihak kerajaannya.
12

Kembali ke atas