I.E.E | I.E.E | Teknik | Elektrik | Singkatan bagi Institution of Electrical Engineer, iaitu badan yang mengeluarkan peraturan untuk pemasangan kelengkapan elektrik pada bangunan. Badan ini berpusat di United Kingdom. |
Michaelis-Menten reaction | tindak balas Michaelis-Menten | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Tindak balas antara enzim dan substrat untuk menghasilkan produk yang berberat molekul tinggi menurut A � P melalui mekanisme A + E = (A.E) (A.E) = P + E. dengan andaian kepekatan kompleks perantara (A.E) yang nyata dan jumlah kepekatan enzim diagihkan sebagai Eawal = E + (A.E), dengan Eawal = kepekatan enzim awal, E = kepekatan enzim semasa, (A.E) = kepekatan kompleks perantara. |
e-dress | e-alamat | Teknologi Maklumat | Tiada | Alamat e-mel yang unik bagi pengguna Internet. Alamat ini mengenal pasti pelayan e-mel yang akan menerima e-mel yang dikirim. E-mel tersebut akan diterima apabila pemilik alamat e-mel tersebut membuka p |
e-document | e-dokumen | Teknologi Maklumat | Tiada | Dokumen digital yang boleh dibaca dengan menggunakan perisian khusus seperti Adobe Acrobat Reader atau Adobe Acrobat eBook Reader. Dokumen digital juga boleh dicetak. Biasanya fail e-dokumen dalam format PDF. E-dokumen mengekalkan bentuk asal salinan keras dokumen. Contoh khusus e-dokumen ialah e-buku, e-majalah dan e-jurnal. |
chunking method | kaedah pengelompokan | Psikologi | Psikologi Umum | Kaedah yang dilakukan dengan cara pengumpulan item-item maklumat supaya dapat diproses secara kognitif menjadi satu entiti. Contohnya, abjad k, e, r, e, t, a, lebih mudah diproses berbanding dengan a, e, e, k, r, t. Sinonim strategi pengelompokan. |
E-region | kawasan E | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kawasan di dalam ionosfera tempat terbentuknya lapisan E. Lapisan E didapati terbahagi kepada dua lapisan atau lebih, yang disebut lapisan E1, E2, dan sebagainya. |
Fermi function at zero temperature | fungsi Fermi pada suhu sifat | Kejuruteraan | Kejuruteraan Kimia | Fungsi pada keadaan suhu mutlak sifat (T = 0) yang diungkapkan sebagai F(e) = 1 jika e < m0, F(e) = 0 jika e < m0, dengan F(e) = fungsi Fermi, e = tenaga zarah, m = tenaga Fermi. |
deacy modulus | modulus reputan | Fizik | Akustik | Masa yang diperlukan oleh amplitud ayunan terlembap untuk mengurang dengan faktor 1/e (e = asas logaritma asli). |
e-publishing | e-penerbitan | Teknologi Maklumat | Tiada | Penghasilan bahan atau kandungan editorial dalam bentuk elektronik dengan menggunakan perisian penerbitan atas meja. Pakej perisian ini membolehkan pengguna reka letak halaman, menyelit imej dan menyusun teks pada skrin komputer dan memaparkan dokumen pada skrin sama seperti bakal hasil cetakan. Penghasilan bahan secara dalam talian tidak memerlukan kertas kecuali penerbitan untuk cetakan. Contoh e-penerbitan ialah e-jurnal, e-majalah, e-buku, e-dokumen dan lain-lain. |
sporadic E-region | kawasan E sporadik | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Kawasan ionosfera tempat lapisan E mudah terbentuk. Pada umumnya kawasan E sporadik sama dengan kawasan E. |