Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu



Definisi : (imél) maklumat, mesej dsb yg dihantarkan secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain; meng-e-melkan menghantar maklumat, mesej dsb dgn menggunakan e-mel. (Kamus Dewan Edisi Keempat)


Definisi : /i-mél/ maklumat, mesej dsb yg dihantar secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain. meng-e-melkan menghantar maklumat, mesej dsb secara elektronik dr satu terminal komputer ke terminal komputer yg lain: Dia ~ kisah sedih itu kpd rakannya. peng-e-melan perihal atau perbuatan meng-e-melkan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata e-mel


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
fraudulent e-maile-mel tipuKriminologiKeadilan JenayahSejenis penipuan yang dilakukan secara sengaja dengan menggunakan e-mel sebagai medium untuk mengaut keuntungan atau mendatangkan kesan buruk kepada seseorang individu atau organisasi. Contohnya, e-mel yang dihantar kepada seseorang berkaitan dengan pewarisan harta walaupun orang tersebut tidak mempunyai apa-apa kaitan dengan harta tersebut.
spamspamTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerE-mel yang tidak diundang oleh penerima. Kandungan e-mel tersebut biasanya berbentuk iklan, berita palsu, kod hasad seperti virus, atau apa juga bentuk teks, grafik, atau fail lampiran.
push e-maile-mel semertaTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaSistem mel elektronik berkeupayaan kekal untuk pemindahan e-mel baharu secara aktif dan terus kepada pelanggan mel.
netiquettenetikaTeknologi Maklumate-PembelajaranEtika dalam Internet. Etika ini melibatkan kod atau kaedah tingkah laku yang sesuai semasa berinteraksi dalam Internet sama ada melalui e-mel, sembang-sembang atau ketika menggunakan kumpulan Usenet. Contohnya, menaip mesej dengan menggunakan huruf besar semuanya bermaksud anda menjerit dalam web. Pengguna tidak boleh menghantar e-mel kepada sembarang orang, terutamanya e-mel yang mengandungi mesej tidak munasabah atau yang tidak dimintanya.
cyberslackerpenculas siberTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaIndividu yang menggunakan kemudahan Internet dan e-mel majikannya untuk melakukan aktiviti peribadi semasa waktu bekerja seperti bermain permainan dan membeli-belah secara dalam talian serta melayari laman media sosial.
spear phishingpancing data serampangTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerCubaan dengan niat jahat melalui hantaran e-mel palsu untuk mengekstrak data daripada pengguna, organisasi atau perniagaan tertentu bagi pencurian identiti dan jenayah siber yang berkaitan.
emojiemojiKomunikasiTiadaTanda, lambang atau ikon bergambar yang digunakan dalam komunikasi elektronik seperti teks mesej, e-mel dan hantaran dalam media sosial untuk menzahirkan emosi pengguna bagi menyampaikan maklumat dengan ringkas. Emoji terdapat dalam pelbagai jenis rupa, iaitu air muka, objek, tempat, cuaca dan haiwan.
cyberbullybuli siberTeknologi Maklumat dan KomunikasiTiadaPerbuatan menghantar mesej dan imej kepada seseorang melalui media sosial, e-mel dan lain-lain yang bertujuan untuk mengugut, mengancam dan sebagainya.
digital signaturetandatangan digitalTeknologi Maklumate-KesihatanIdentifikasi pelanggan yang disulitkan dan telah didaftarkan dengan pihak berkuasa. Tandatangan digital membolehkan identiti pengirim dokumen atau e-mel ditentusahkan dan memastikan dokumen yang dikirim tidak diubah suai. Individu yang mengirim dokumen berserta tandatangan digital tidak dapat menafikan bahawa dia yang telah mengirimkan dokumen tersebut. Terdapat dua jenis tandatangan digital, iaitu tandatangan yang disulitkan oleh pengirim sendiri dan sijil digital tersulit. Dalam bidang e-kesihatan, tandatangan digital akan dilampirkan bersama-sama e-mel atau dokumen kesihatan yang dikirim oleh seseorang yang telah diberikan autoriti.
threadjalurTeknologi Maklumate-PembelajaranSuatu ciri jalinan perbincangan yang digunakan oleh perisian pelanggan e-mel, papan buletin, kumpulan berita dan forum Internet. Jalur membantu pengguna dengan mengumpulkan mesej dan menjalinkan jawapan balasan secara visual untuk memastikan semua yang terlibat mendapat rentetan maklumat terkini mengenai tugasan semasa melalui perbincangan dalam talian.
123

Kembali ke atas