Maklumat Kata

Carian kata tiada di dalam kamus terkini. Sila rujuk capaian Kamus Dalam Talian ini.
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata e-perkhidmatan


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
freemailmel percumaTeknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan e-mel percuma berasaskan web yang boleh dicapai dari mana-mana komputer yang bersambung ke Internet. Pengguna tidak perlu mempunyai akaun pembekal khidmat Internet untuk capaian.
e-zinee-majalahTeknologi MaklumatTiadaMajalah dalam bentuk digital yang diterbitkan melalui Internet, BBS atau perkhidmatan dalam talian yang lain yang biasanya diberi secara percuma. Lihat juga e-jurnal.
e-businesse-niagaPentadbiranTiadaPendekatan atau bentuk perniagaan yang berteraskan teknologi moden secara elektronik. Pendekatan baru ini menggunakan internet sebagai medium perantara dalam urusan perniagaan seperti pemasaran dan pengiklanan produk, perkhidmatan, artikel, berita dan sebagainya. Contohya, syarikat yang menggunakan pendekatan e-niaga akan mewujudkan laman web tersendiri untuk mempromosikan produk dan perkhidmatan mereka dan boleh dilayari oleh masyarakat di seluruh dunia. Pendekatan ini merupakan kaedah perniagaan yang cukup efisien dan interaktif dengan kos yang paling minimum.
e-businesse-niagaTeknologi MaklumatTiadaMerujuk kepada perniagaan dalam talian termasuk Internet, yang bukan sahaja pembelian dan penjualan, tetapi termasuk perkhidmatan dan berkolaborasi dengan rakan niaga. Syarikat menggunakan web untuk membeli alat ganti dan bekalan
portalportalTeknologi MaklumatTiadaTapak web yang berfungsi sebagai get laluan untuk pengguna apabila menggunakan Internet. Portal mengandungi pelbagai kandungan dan perkhidmatan seperti e-mel, bilik sembang, perkhidmatan peribadi, carian kandungan, permainan, membeli-belah dalam talian, suapan berita, maklumat pelancongan, sebut harga stok dan maklumat cuaca. Contohnya www.jaring.my, www.yahoo.com, www.thestar.com.my dan www.msn.com.
InternetInternetTeknologi MaklumatTiadaRangkaian komputer antarabangsa yang terdiri daripada beribu-ribu rangkaian komputer. Rangkaian ini menggunakan protokol komunikasi TCP/IP. Bermula dengan ARPANET pada tahun 1969, Internet telah berkembang meliputi rangkaian komputer untuk akademik dan penyelidikan dan seterusnya untuk tujuan komersial. Ia meliputi perkhidmatan e-mel, jaringan sejagat(WWW), pemindahan fail dan saling bual Internet(IRC). Perkembangannya amat pesat dan digunakan oleh lebih daripada 600 juta individu di seluruh dunia(pada 2003). Sinonim antara rangkaian, Net Lihat juga ARPANET
E-mail (electronic mail)E-mel (mel elektronik)Teknologi MaklumatTiadaPerkhidmatan komunikasi data yang membenarkan penghantaran mesej dan lampiran dokumen elektronik dari peranti elektronik ke satu peranti elektronik lain.
InternetInternetTeknologi MaklumatKeselamatan KomputerRangkaian komputer antarabangsa yang terdiri daripada beribu-ribu rangkaian komputer. Rangkaian ini menggunakan protokol komunikasi TCP/IP. Bermula dengan ARPANET pada tahun 1969. Internet telah berkembang meliputi rangkaian komputer untuk akademik dan penyelidikan dan seterusnya untuk tujuan komersial. Internet meliputi perkhidmatan e-mel, jaringan sejagat (WWW), pemindahan fail dan saling bual Internet (IRC). Perkembangannya amat pesat dan digunakan oleh lebih daripada 600 juta individu di seluruh dunia (pada tahun 2003). Sinonim antara rangkai, Net.
UUNET (UNIX to UNIX network)UUNET (rangkaian UNIX ke UNIX)Teknologi MaklumatTiadaPembekal perkhidmatan Internet perdagangan pertama yang ditubuhkan pada tahun 1987. Pada asalnya menawarkan e-mel dan berita, sekarang ia merupakan sebuah organisasi perkhidmatan Internet penuh yang menyediakan akaun pendailan dan talian sewa termasuklah ruang arkib untuk fail dan laman Web.
push technologyteknologi tolakTeknologi MaklumatTiadaKaedah atau konsep dalam teknologi aplikasi pelayan/pelanggan yang menghantar maklumat kepada pelanggan tanpa perlu diminta oleh pelanggan. Media siaran menggunakan "teknologi tolak" sebab maklumat dihantar tanpa mengira sama ada pendengar atau penonton mengikuti siarannya itu. Teknologi ini juga dikenali sebagai teknologi siaran berita atau siaran net. Contoh penggunaan konsep "teknologi tolak " ini adalah seperti perkhidmatan e-mel, portal, radio net, perkhidmatan harga terbitan stok, berita sukan, kewangan dan SMS.Lihat juga siar web
12

Kembali ke atas