Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.di.tor] | ايديتور

Definisi : (éditor) orang yg memperbaik (memperkemas) dan menyediakan karangan (makalah, buku, dsb) utk dicetak, penyunting, pengedit: mereka berbicara tentang tanggungjawab ~, penulis, dan pembaca; ~ kopi editor yg menyunting manuskrip dr segi ketepatan dan keselar (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.di.tor] | ايديتور

Definisi : /éditor/ orang yg mengedit atau menyunting sesuatu karangan; pengedit. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata editor


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
emendationpembetulanKesusasteraanTiadaPembaikan yang dilakukan terhadap teks yang dianggap mempunyai kesalahan atau kesilapan tertentu. Pembetulan biasanya dilakukan oleh editor atau penyunting untuk membaiki teks agar lebih mudah difahami pembaca dan tepat isi kandungannya. Antara bentuk pembetulan yang dilakukan termasuklah dari segi tatabahasa, ketepatan fakta dan susunan teks. Teks yang dimaksudkan termasuklah penulisan buku ilmiah, buku sastera, buku umum, esei dan rencana. Pembetulan merupakan sesuatu yang biasa berlaku dalam proses penulisan. Bahan tulisan awal akan disaring oleh editor atau penyunting sebelum diterbitkan. Dalam konteks kesusasteraan Melayu tradisional, pembetulan sering berlaku dalam aktiviti penyalinan atau penulisan semula sesebuah naskhah manuskrip. Terdapat penyalin yang membuat pelbagai perubahan atau tokok-tambah terhadap naskhah asal, bertujuan membaiki naskhah yang disalinnya. Oleh itu, pembetulan dilihat sebagai aktiviti yang membawa kebaikan terhadap sesebuah karya, namun boleh menyebabkan kemunculan versi naskhah yang berbeza. Lihat juga anotasi, kritikan teks.
hypertext markup language (HTML)bahasa penanda hiperteks (HTML)Teknologi Maklumate-PembelajaranBahasa penandaan yang selalu digunakan untuk membuat laman web. Bahasa ini menyediakan kaedah untuk menghuraikan struktur maklumat berasaskan teks dalam dokumen. Bahasa ini mempunyai sambungan fail <.html> atau <.htm>. Contoh editor bahasa ini ialah Note, MS Words atau MS Power Point.
annotationanotasiKesusasteraanTiadaCatatan yang dilakukan oleh pengarang untuk memberikan penerangan, komentar atau kritikan terhadap sesebuah teks atau buku. Catatan meliputi struktur dalaman teks (isi kandungan), dan struktur luaran teks (bahasa, ejaan, ayat, istilah, dan sebagainya). Catatan umumnya dilakukan oleh pengarang atau pembaca yang biasanya ditulis pada kaki buku atau bahagian tepi buku. Ada kalanya anotasi merupakan keterangan yang dibuat oleh editor dan dicetak pada bahagian nota kaki teks atau buku. Anotasi bertujuan untuk membaiki sesuatu kesilapan atau menjelaskan kekaburan fakta yang terdapat dalam teks atau memberikan keterangan tambahan tentang sesuatu perkara yang terdapat dalam teks. Anotasi biasanya dibuat semasa kerja penyuntingan dan transliterasi naskhah manuskrip lama. Contoh karya anotasi ialah teks Karangan Hamzah Fansuri oleh Syed Muhammad Naquib al-Attas, Tuhfat al-Nafis oleh Virginia Matheson, dan Hikayat Inderaputera oleh Mulyadi. Contoh karya anotasi dalam sastera Arab ialah Alf Laylah wa Laylah oleh Muhsin Mahdi, dan dalam sastera Parsi ialah Mantiq-al-Tayr oleh Muhammad Javad Mashkur. Lihat juga kritikan teks.

Kembali ke atas