streaming media | media penstriman | Teknologi Maklumat | e-Pembelajaran | Penghantaran kandungan audio atau video dalam bentuk termampat secara berterusan dan efisien menerusi Internet oleh aplikasi pelayan seperti Java dan dimainkan serta-merta dalam masa nyata dengan menggunakan aplikasi pemain media pengguna seperti Vimeo, AV Player dan YouTube. |
clean technology | teknologi bersih | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Produk, proses atau perkhidmatan yang dapat mengurangkan kesan negatif terhadap alam sekitar melalui penggunaan tenaga yang efisien, pelestarian sumber semula jadi atau aktiviti pemeliharaan alam sekitar. |
biohacker | penggodam biologi | Biologi | Tiada | Seseorang yang bukan pakar yang diiktiraf atau ahli sains profesional yang melakukan eksperimen saintifik dengan bahan biologi untuk menjadikan tubuhnya lebih baik dan efisien. Sinonim biological hacker. |
biological hacker | penggodam biologi | Biologi | Tiada | Seseorang yang bukan pakar yang diiktiraf atau ahli sains profesional yang melakukan eksperimen saintifik dengan bahan biologi untuk menjadikan tubuhnya lebih baik dan efisien. Sinonim biohacker. |
green sticker | pelekat hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Sistem pelabelan yang dikuatkuasakan oleh undang-undang agar dilekatkan pada produk pengguna. Pelekat hijau digunakan untuk menggambarkan penggunaan tenaga yang efisien atau pengurangan terhadap pencemaran berbanding dengan produk konvensional. Contohnya, pelekat bintang tenaga. |
fan shroud | selubung kipas | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Perumah plastik atau logam yang menutup dan melindungi kipas enjin. Perumah ini membolehkan kipas enjin menarik udara melalui celah sirip radiator dengan lebih efisien dan menghalang berlakunya kitaran semula udara. Selubung kipas dilekatkan terus pada bahagian belakang radiator dan biasanya berbentuk segi empat di bahagian radiator dan bulat di bahagian kipas enjin. |
patient administration system (PAS) | sistem pentadbiran pesakit (PAS) | Teknologi Maklumat | e-Kesihatan | Sistem yang menyediakan capaian pada maklumat lengkap pesakit mengenai aktiviti sistem kesihatan. Sistem ini membolehkan pengurusan pesakit dijalankan secara efisien, responsif, fleksibel dan mesra pengguna. Komponen penting dalam sistem ini meliputi aplikasi pendaftaran pesakit, pengurusan sumber dan hal-hal yang berkaitan dengan pembayaran rawatan. |
green industry | industri hijau | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Usaha untuk mencapai pertumbuhan ekonomi dan mempromosi ekonomi yang mampan. Industri hijau merangkumi penggubalan dasar, proses pengeluaran perindustrian yang lebih baik dan penggunaan sumber yang efisien. |
eco-innovation | ekoinovasi | Teknologi Hijau | Reka Bentuk Teknologi Hijau | Pembangunan produk dan proses baharu yang lebih baik ke arah teknologi mampan dan menyumbang kepada penambahbaikan daya tahan alam terhadap tekanan alam sekitar, atau penggunaan sumber semula jadi yang lebih efisien. |
biomechanics | biomekanik | Sains Sukan | Biomekanik | Disiplin ilmu yang mengaplikasikan prinsip mekanik dalam kajian pergerakan organisma hidup. Dalam pergerakan manusia, disiplin ilmu ini menggabungkan aspek anatomi dan mekanik untuk menganalisis keupayaan anggota badan menghasilkan pergerakan. Disiplin ilmu ini diaplikasikan dalam sains sukan bagi memperbaik teknik, memaksimumkan keupayaan fizikal untuk mencapai prestasi yang maksimum, mengurangkan kecederaan, selain boleh mereka cipta pakaian dan alatan sukan yang efisien. Selain kajian tentang pergerakan tubuh, aspek daya, momentum dan darjah pergerakan juga merupakan antara elemen yang dikaji dan diperhatikan dalam biomekanik. |