Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.jén] | ايجين

Definisi : (éjén) 1. orang (syarikat dsb) yg menjalankan perniagaan utk orang lain, wakil penjual: barang-barang gudang kalau dibeli drpd ~nya tentu lebih murah; 2. orang yg diupah (digaji) utk melakukan sesuatu utk orang lain (pemerintah dll): beberapa orang ~ musu (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.jén] | ايجين

Definisi : /éjén/ 1 orang dll yg menjalankan perniagaan utk orang lain; wakil dlm urusan jual beli atau dlm perdagangan; wakil penjual: Pemuda itu ialah ~ sebuah syarikat kereta. 2 orang yg diupah utk melakukan sesuatu utk orang lain: Salah seorang ~ pertubuhan haram itu telah diberkas oleh pihak polis. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ejen


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
special insurance agentejen insurans khususinsuransTiadaWakil sesebuah insurer di sesuatu kawasan. Ia memberi khidmat kepada ejen-ejen insurer dan secara am bertanggungjawab terhadap jumlah dan mutu perniagaan yang diurus niaga di sesebuah kawasan. Dalam insurans harta dan liabiliti, individu ini adalah seorang wakil pemasaran manakala dalam insurans hayat ia dikenal sebagai wakil jualan.
local agentejen tempataninsuransTiadaEjen yang mewakili syarikat insurans untuk menjual perkhidmatan sebagai kontraktor bebas, berdasarkan komisen. Biasanya ejen seperti ini menjalankan perniagaannya di sesuatu kawasan yang ditetapkan dan khususnya adalah seperti yang ditetapkan di bawah kontrak.
agent rebaterebat ejenPelanconganTiadaPotongan daripada sejumlah bayaran yang perlu dibayar oleh ejen atau pemulangan sebahagian daripada jumlah yang telah dibayar oleh ejen.
ownership of expirationpemunyaan tamat tempohinsuransTiadaPerjanjian yang menghalang insurer daripada memberitahu ejen atau broker selain ejen asal, tentang maklumat tertentu berhubung dengan butiran polisi, biasanya polisi harta atau liabiliti.
resident agentejen tempataninsuransTiadaEjen yang bermastautin di tempat ia berurus niaga insurans.
nonresident agentsejen bukan resideninsuransTiadaEjen yang tidak bermastautin di sesebuah negeri yang ianya dilesenkan.
underwritting agentejen pengunderaitinsuransTiadaSelain daripada tugas sebagai ejen pengunderait juga diberi kuasa untuk mengeluarkan polisi insurans dan menyelesaikan tuntutan bagi pihak syarikat insurans.
agent's commissionkomisen ejeninsuransTiadaBayaran kepada ejen kerana menjual insurans. Komisen yang dibayar biasanya dalam bentuk peratusan daripada premium untuk sesuatu polisi.
agent's authoritykuasa ejeninsuransTiadaKuasa yang diberikan kepada ejen di bawah kontrak agensi.
life insurance agentejen insurans hayatinsuransTiadaWakil syarikat insurans yang mendorong seseorang untuk membeli insurans hayat. Ejen ini mempunyai kuasa mengikat bagi pihak syarikat insurans yang diwakilinya.
12345

Kembali ke atas