applied economics | ekonomi gunaan | Ekonomi | Tiada | Kajian ekonomi yang memberi tumpuan pada penggunaan teori dan prinsip ekonomi untuk menyelesaikan masalah amalan ekonomi. Misalnya, ekonomi pertanian, ekonomi industri, ekonomi pembangunan, dan ekonomi alam sekitar. |
monetary economics | ekonomi kewangan | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang membincangkan wang dan peranannya dalam ekonomi. Ekonomi kewangan merangkumi kajian tentang pasaran wang, pasaran modal, dan institusi kewangan. |
political economy | ekonomi politik | Ekonomi | Tiada | Cabang ekonomi yang menganalisis kegiatan ekonomi berdasarkan pendekatan politik. Pada masa dahulu ilmu ekonomi merujuk ekonomi politik. |
tiger economy | ekonomi harimau | Ekonomi | Tiada | Ekonomi yang sedang mengalami pertumbuhan pesat di Asia Tenggara. Ekonomi harimau Asia merangkumi ekonomi di negara Singapura, Hong Kong, Korea Selatan, dan Taiwan yang mempunyai hab kewangan dan perdagangan yang canggih. |
green economy | ekonomi hijau | Ekonomi | Tiada | Ekonomi yang menghasilkan kesejahteraan manusia yang lebih baik dan ekuiti sosial, sementara secara signifikan mengurangkan risiko alam sekitar dan kelangkaan ekologi. Ekonomi hijau dapat dilihat sebagai paradigma ekonomi yang memacu pertumbuhan, pendapatan dan pekerjaan, tanpa mengorbankan sumber ekosistem dan biodiversiti semula jadi. Ekonomi hijau mengutamakan pembangunan ekonomi yang dapat melindungi sumber semula jadi, meningkatkan keupayaan sumber dan menggalakkan penggunaan secara mampan. |
descriptive economics | ekonomi deskriptif | Ekonomi | Tiada | Kaedah pengkajian ekonomi yang menghuraikan fenomena ekonomi seperti perjalanan dan fungsi institusi ekonomi tanpa membuat kesimpulan yang logik tentang sebab dan akibatnya. Sinonim ekonomi perihalan. |
economic dualism | dualisme ekonomi | Ekonomi | Tiada | Kewujudan dua fenomenon ekonomi dalam sesebuah masyarakat yang jauh berbeza daripada kumpulan yang lain dalam masyarakat tersebut. Misalnya, kewujudan bersama ekonomi moden dan ekonomi tradisi, kekayaan dan kemiskinan. |
market economy | ekonomi pasaran | Ekonomi | Tiada | Ekonomi yang bergantung pada kuasa pasaran untuk menyelesaikan masalah utama ekonomi, iaitu apa yang perlu dikeluarkan, bagaimana untuk dikeluarkan, dan untuk siapa dikeluarkan. Kuasa pasaran (permintaan dan penawaran) akan menentukan harga, yang penting sebagai petunjuk tentang jenis barang yang patut dikeluarkan dan yang dibeli, dan juga kaedah penggunaan sumber dan agihan pulangan sumber tersebut. Prasyarat kepada sistem ekonomi ini ialah sumber-sumber ekonomi bebas dimiliki oleh individu, dan pengeluaran dijalankan secara bebas tanpa campur tangan pihak tertentu seperti kerajaan. |
mixed economy | ekonomi campuran | Ekonomi | Tiada | Sistem ekonomi yang sebahagian peruntukan sumbernya dikawal oleh sektor swasta, dan sebahagian lagi oleh sektor awam. Ini bererti sistem ini menggabungkan unsur-unsur sistem ekonomi kapitalis dan sistem ekonomi sosiolis. Sinonim sistem campuran, sistem ekonomi campuran. |
open economy | ekonomi terbuka | Ekonomi | Tiada | Ekonomi yang melibatkan perdagangan sebuah negara dengan negara yang lain. Darjah keterbukaan ekonomi bergantung pada saiz perdagangan antarabangsa, berbanding dengan keluaran negara kasar. |