Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ko.no.mik] | ايکونوميک

Definisi : (ékonomik) bkn sesuatu yg menghasilkan keuntungan atau tidak merugikan, atau yg tidak melibatkan atau tidak menggunakan perbelanjaan, dsb yg membazir: usaha yg dijalankan setakat ini masih menghadapi banyak masalah, spt saiz ladang yg tidak ~. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekonomik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
catalogue versepuisi katalogKesusasteraanTiadaPuisi yang menunjukkan senarai rekod nama individu, tempat, peristiwa, objek atau buah fikiran. Puisi katalog bertujuan memudahkan ingatan atau hafalan tentang sesuatu susunan peristiwa, genealogi atau fakta. Teknik penyenaraian akan memberikan kesan ringkas, dramatik, dan ekonomik terhadap puisi tersebut. Puisi katalog biasanya wujud dalam karya epik, iaitu penglibatan hero dalam beberapa siri peperangan yang dibuat dalam bentuk senarai. Contohnya, karya Milton berjudul Paradise Lost yang memperlihatkan beberapa senarai genealogi dan unsur mitologi. Contoh lain terdapat dalam karya Walt Whitman berjudul Song of Myself (1855). Dalam karya tersebut, pengarang memasukkan beberapa senarai panjang tentang genealogi dan maklumat geografi yang berkaitan dengan susunan nama individu, tempat, dan pekerjaan yang terdapat di Amerika Syarikat.

Kembali ke atas