Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.kor] | ايکور

Definisi : (ékor) 1. bahagian yg di belakang sekali pd tubuh binatang (biasanya spt menganjur keluar dr tulang punggung dan boleh digerak-gerakkan): ~ ikan pari panjang dan tirus ke hujung; burung merak mempunyai ~ yg cantik; 2. a) penjodoh bilangan utk binatang: du (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.kor] | ايکور

Definisi : (ékor); ~ angin sj tumbuhan (herba), daun sejumbuk, Plantago major; ~ kucing sj tumbuhan (herba), Dysophylla auricularia; ~ kuda a) sj tumbuhan (pokok), jati bukit, Dacrydium beccarii; b) sj tumbuhan (rumpai), rumput tahi babi, Cernonia cinerea; ~ kunin (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.kor] | ايکور

Definisi : (ékor); murai (merbah) ~ gading sj burung, Terpsiphone paradisi. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.kor] | ايکور

Definisi : /ékor/ 1 bahagian tulang belakang yg menganjur ke luar dr punggung dan dpt digerak-gerakkan (spt yg terdapat pd binatang): Anjing itu menggerak-gerakkan ~nya. 2 penjodoh bilangan bagi binatang: se~ lembu. 3 sesuatu yg rupanya atau keadaannya spt ekor 1: ~ layang-layang. 4 bahagian yg di belakang sekali (bkn perarakan dll): ~ perarakan itu masih belum bergerak tetapi kepalanya sudah lama berlepas. ~ belangkas a. bayonet yg bentuknya spt ekor belangkas. b. cucuk sanggul yg bentuknya spt ekor belangkas. ~ cicak rambut yg berjuntai di antara telinga dan pipi. ~ kuda fesyen rambut perempuan yg diikat dan dibiarkan berjuntai ke belakang spt ekor kuda. ~ lipas rambut pd lekuk tengkuk. ~ mata sudut mata. ~ tikus kikir yg bulat panjang. berekor 1 ada ekornya. 2 ki meleret; berpanjangan: Baik awak mengaku saja, supaya perkara ini tidak ~ ke mahkamah. berekor-ekor berikut-ikut (berturut-turut) memanjang; berlarut-larut: Kamu semua hendaklah berjalan ~. mengekor 1 bergantung (berjuntai) spt ekor. 2 mengikut atau menyertai dr belakang: Ibunya berjalan dahulu, dia ~ di belakang. mengekori 1 mengikut seseorang (sesuatu) dr belakang: Anak manja itu ~ ibunya ke kedai. 2 mengawasi pergerakan seseorang (tanpa pengetahuannya) utk mengetahui kegiatannya; memata-matai: Pihak polis sentiasa ~ gerak-gerinya. ekoran akibat drpd sesuatu perkara; kesudahan drpd sesuatu kejadian: Dua orang pemuda telah ditahan sbg ~ drpd peristiwa rompakan yg lalu. pengekor orang yg mengikut (satu-satu ajaran); penganut. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)

[é.kor] | ايکور

Definisi : /ékor/; ~ kucing nama sj pokok renek atau bunganya (bunganya spt ekor kucing), Acalypha sanderiana. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekor

Puisi
 

Anak pipit kembang ekor,
     Masak susu linggang-linggang;
Ulit cik adik bawa tidur,
     Tutup pintu renggang-renggang.


Lihat selanjutnya...(23)
Peribahasa

Beroja berpegang ekor.

Bermaksud :

Kepercayaan yang setengah hati. beroja = menggalaki.

 

Lihat selanjutnya...(53)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
abnormal spermatozoapermatozoa abnormalPenternakanGenetik dan PembiakbakaanSel seks jantan yang mempunyai morfologi tidak normal. Morfologi spermatozoa abnormal dapat dikenal pasti melalui ujian makmal. Morfologi yang abnormal ini akan menyukarkan proses persenyawaan ovum. Contoh morfologi abnormal spermatozoa ialah spermatozoa dengan ekor berganda, tiada ekor, kepala senget, kepala terlalu besar atau berleher bengkok. Faktor penyebab spermatozoa abnormal termasuk jangkitan penyakit, pendedahan kepada toksin, radiasi dan testis yang tidak normal.
carrying capacitykeupayaan muatanVeterinarTiadaKeupayaan pastura atau foraj dalam sesuatu kawasan tanah untuk menampung sesuatu jumlah ternakan. Contohnya, satu hektar tanah yang ditanam rumput terpilih boleh menampung 2-4 ekor lembu atau 15-20 ekor kambing sepanjang tahun.
tailbandekor bebat kulit-TiadaJalur fabrik yang dipasangkan di hujung bahagian bawah tulang buku kulit keras. Banding headband.
tailpipepaip ekorKejuruteraan AutomotifEnjinSaluran bahagian belakang dalam sistem ekzos yang ber- mula dari peredam bunyi hingga atmosfera. Paip ini dibentuk mengikut kontur bahagian bawah lantai kenderaan dan bertujuan untuk mengalir serta membebaskan gas ekzos ke ruang atmosfera.
androgynousandroginusPertanianTiadaJambak bunga jantan spikelet seperti ekor kucing dengan butiran kecil tanpa debunga.
dogfightinglaga anjingSukanTiadaSejenis sukan berdarah antara dua ekor anjing yang dilagakan dalam pergaduhan fizikal hingga mati untuk tujuan perjudian atau hiburan kepada penonton.
slab serifserif papak-TiadaJenis huruf yang mempunyai strok atau ekor tidak tajam.
serifserif-TiadaJenis huruf (muka taip) yang mempunyai strok atau ekor. Banding sans serif.
micellemiselKimiaKimia AnalisisAgregat bahan koloid, yang mengandungi kepala berkutub dan ekor hidrofobik alkil yang panjang (agen aktif permukaan) yang berlaku pada suatu kepekatan tertentu yang dikenali sebagai kepekatan misel genting.
sans serifsans serif-TiadaJenis huruf (muka taip) yang tidak mempunyai strok atau ekor. Banding serif.
123

Kembali ke atas