Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.ko.sis.tem] | ايکوسيستم

Definisi : (ékosistem) sistem yg melibatkan interaksi antara suatu komuniti (haiwan, tumbuhan, dsb) dgn alam persekitarannya yg tidak bernyawa. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.ko.sis.tem] | ايکوسيستم

Definisi : /ékosistem/ ist sistem lingkungan hidup semula jadi yg terbentuk sbg hasil drpd tindakan yg menyaling antara benda-benda hidup dgn persekitarannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekosistem


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
marine ecosystemekosistem marinSains MarinTiadaEkosistem akuatik bumi yang paling besar meliputi dua pertiga permukaan bumi. Ekosistem marin merangkumi semua jenis ekosistem di laut, termasuk ekosistem rawang, ekosistem pantai, ekosistem bakau, ekosistem terumbu karang, ekosistem laut dalam dan sebagainya.
ecosystem serviceperkhidmatan ekosistemTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKepelbagaian perkhidmatan dan manfaat yang dinikmati daripada persekitaran semula jadi dan ekosistem yang sihat. Ekosistem yang sihat merangkumi agroekosistem, ekosistem hutan, ekosistem tanah lapang hijau dan ekosistem akuatik.
marshrawangSains MarinTiadaTanah lembap yang sering dijumpai di pinggir pantai, tasik dan sungai yang merupakan ekosistem peralihan antara ekosistem akuatik dan daratan. Rawang didominasi oleh rumput mensiang dan spesies tumbuhan herba berbanding spesies tumbuhan berkayu.
natural conservationpemuliharaan semula jadiTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauUsaha untuk mengekalkan keseimbangan ekosistem dan kepelbagaian biologi dengan mencegah atau membaik pulih kerosakan ekosistem akibat aktiviti manusia.
salt marshrawang garamSains MarinTiadaEkosistem pesisir di zon atas kawasan pasang surut pesisir di antara daratan dan air laut terbuka atau air payau. Kawasan ini sentiasa digenangi air ketika arus pasang. Ekosistem rawang garam didominasi oleh tumbuhan yang tahan masin seperti pokok herba, rumput dan tumbuhan renek. Kehadiran tumbuhan daratan penting untuk kestabilan rawang garam kerana memerangkap dan mengikat sedimen. Rawang garam memainkan peranan yang utama dalam jaringan makanan akuatik dan penyebaran nutrien ke perairan pesisir selain memberi perlindungan kepada pantai.
photic zonezon fotikSains MarinTiadaBahagian atau zon paling atas lautan. Zon yang menerima penembusan cahaya matahari yang tinggi dan sebahagian besar proses fotosintesis berlaku di bahagian ini. Zon fotik juga merupakan kediaman bagi sebahagian besar hidupan laut (> 90%). Terdapat pelbagai ekosistem di zon ini seperti ekosistem rumput laut, ekosistem terumbu karang dan sebagainya.
coral reefterumbu karangSains MarinTiadaSatu ekosistem laut yang sangat tinggi kepelbagaian biologi- nya yang dibentuk oleh organisma karang di kawasan laut tropika yang rendah kandungan nutriennya. Organisma karang ialah haiwan di bawah filum Cnidaria yang merupakan polip kecil yang hidup secara koloni dan merembeskan bahan berkapur yang membentuk terumbu tersebut. Terdapat berbagai spesies karang yang menghasilkan rangka yang pelbagai rupa dan bentuk. Ini menjadikan terumbu karang satu ekosistem yang bersifat tiga dimensi, dan menyediakan ruang dan habitat untuk berbagai-bagai spesies hidupan laut untuk tinggal dalam ekosistem tersebut.
ecosystemekosistemPertanian OrganikTanaman Makanan-
family ecosystemekosistem keluargaSosiologi KeluargaTiada-
ecosystem impactkesan ekosistemTeknologi HijauReka Bentuk Teknologi HijauKesan negatif terhadap organisma hidup dan persekitaran disebabkan oleh aktiviti manusia atau fenomena semula jadi. Contohnya, hakisan tepi pantai disebabkan oleh penebangan pokok bakau.
1234

Kembali ke atas