Act of Executive | Tindakan Eksekutif | Sains Politik | Politik Perbandingan | Keputusan yang diambil oleh kabinet yang mempunyai kuasa eksekutif untuk memelihara dan melindungi kepentingan awam. Tindakan diambil apabila muncul sesuatu isu yang memerlukan tindakan segera kerajaan. Tindakan ini hanya dibincang di peringkat kabinet tanpa memerlukan pengesahan parlimen. Contohnya, keputusan kabinet (kerajaan) Malaysia menetapkan harga siling bagi produk video cakera padat merupakan satu bentuk tindakan eksekutif yang bertujuan melindungi kepentingan ekonomi industri muzik negara. |
separation of power | pengasingan kuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Pemisahan fungsi legislatif, eksekutif dan kehakiman dalam pemerintahan negara. Pemisahan ini dapat dilihat melalui pembahagian fungsi iaitu legislatif untuk menggubal undang-undang, eksekutif pula melaksanakan undang-undang dan kehakiman mentafsir undang-undang. Badan legislatif atau Parlimen diletakkan terpisah daripada badan eksekutif dan badan kehakiman. Pemisahan ini amat perlu untuk mengelakkan kuasa tertumpu kepada satu badan atau seorang yang hanya mendorong kepada penyalahgunaan kuasa. Contohnya, amalan pemisahan kuasa seperti yang terdapat di Amerika Syarikat. Sinonim pemisahan kuasa. |
executive club | kelab eksekutif | Pelancongan | Tiada | Kelab khas yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan eksklusif untuk ahli tertentu. |
executive floor | aras eksekutif | Pelancongan | Tiada | Tingkat khas yang dilengkapi dengan pelbagai kemudahan eksklusif untuk tetamu tertentu. |
executive process | proses eksekutif | Pendidikan | Tiada | Proses kognitif yang terlibat dalam penyepaduan maklumat seperti perancangan, membuat keputusan dan kesedaran aktiviti intelektual. |
executive summary | ringkasan eksekutif | Perancangan dan Pembangunan Bandar | Tiada | Ringkasan yang menyeluruh tentang sesuatu kajian. |
Chief Executiv Officer (C.E.O) | Ketua Pegawai Eksekutif (K.P.E) | Pentadbiran | Tiada | Pegawai tertinggi dalam sesebuah syarikat. |
cabinet | kabinet | Sains Politik | Politik Perbandingan | Badan eksekutif yang dianggotai oleh jemaah menteri yang dipilih dari kalangan ahli dewan perundangan. Anggota jemaah kabinet akan dipertanggungjawabkan untuk mengetuai portfolio atau kementerian tertentu. Kebiasaannya, ahli kabinet ini akan bermesyuarat satu atau dua minggu sekali dan dipengerusikan oleh perdana menteri dalam sistem demokrasi berparlimen atau oleh presiden dalam sistem demokrasi berpresiden. Pelantikan ahli jemaah kabinet dalam amalan demokrasi merupakan hak mutlak ketua kerajaan. Istilah ini berasal daripada perkataan Perancis yang membawa maksud bilik rahsia yang digunakan oleh Raja Perancis pada era sebelum revolusi untuk bermesyuarat dengan pegawai istana tertentu. Pegawai yang dipercayai oleh raja sahaja dipanggil untuk bermesyuarat kerana ia melibatkan rahsia negara. |
politburo | politburo | Sains Politik | Politik Perbandingan | Lembaga eksekutif tertinggi dalam Parti Komunis dan negara Soviet Union dahulu. Badan ini diketuai oleh seorang Setiausaha yang mentadbir parti dan negara bersama sekumpulan kecil pemimpin kanan parti yang sangat berkuasa. Mereka berperanan besar dalam menguruskan pentadbiran negara seperti menentukan calon presiden, menetapkan perancangan ekonomi negara, mempengaruhi dasar luar dan memutuskan tindakan negara yang akan dilaksanakan oleh kerajaan. Contohnya Soviet Union sebelum keruntuhannya pada awal dekad l990-an dahulu. |
judicial power | kuasa kehakiman | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bidang kuasa yang dimiliki oleh bidang kehakiman yang setara dengan bidang kuasa badan legislatif dan eksekutif. Ia memiliki kuasa mengadili dan mentafsir undang-undang yang perlu dihormati. Kuasa kehakiman ini menjadi sumber rujukan sekiranya berlaku konflik dalam persaingan kuasa antara pihak bertentangan seperti antara kerajaan negeri dengan kerajaan pusat atau pihak legislatif dengan eksekutif. Kuasa kehakiman ini bebas daripada sebarang pengaruh luar. Hanya ketua negara atau Yang di-Pertuan Agong (di Malaysia) dibenarkan meminda keputusan yang telah dibuat oleh badan kehakiman ini dengan syarat-syarat tertentu. |