Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[ék.so.tik] | ايکسوتيک

Definisi : (éksotik) 1. berasal dr luar negeri, asing; 2. luar biasa keistimewaannya (fesyen, masakan, dll): restoran itu kerap menghidangkan masakan yg ~; keeksotikan keadaan eksotik: hasil sastera itu mendapat perhatian dunia kerana ~nya yg berhubungan dgn penikma (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[ék.so.tik] | ايکسوتيک

Definisi : /éksotik/ 1 berasal dr negara yg jauh (bkn tumbuh-tumbuhan atau haiwan). 2 luar biasa keistimewaannya (bkn fesyen pakaian, masakan dll). (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eksotik


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
metrical romanceroman matrisKesusasteraanTiadaNaratif tentang pengembaraan dan percintaan golongan bangsawan yang disampaikan dalam bentuk puisi. Roman matris biasanya disampaikan dalam bentuk bertulis. Roman ini biasanya memaparkan latar kembara yang jauh dan eksotik, dengan gambaran peristiwa yang membangkitkan rasa sentimental dan romantis. Dalam budaya Melayu, roman matris banyak ditemui dalam syair. Contohnya ialah Syair Siti Zubaidah, Perang Cina dan Syair Bidasari. Roman matris dikenali juga sebagai puisi naratif.
romantic poetrypuisi romantikKesusasteraanTiadaPuisi yang memberi keutamaan pada imaginasi, perluahan emosi dan perasaan secara tulus dan spontan. Puisi ini mementingkan daya imaginasi individu sebagai wadah untuk menyampaikan kebenaran hidup. Alam semesta dianggap oleh penyair romantis sebagai cerminan jiwa manusia yang dapat diteladani dan disempadani. Puisi romantis cenderung untuk memperlihatkan unsur-unsur tidak rasional, eksotik, pelik dan menggerunkan. Pada abad ke-18, penyair dari Perancis, Jerman, England Amerika, Perancis, Itali, Rusia dan Sepanyol pula terkenal dengan puisi romantik dan pascaromantik. Di England, William Wordsworth (1770-1850), dan Samuel Taylor Coleridge (1772-1834) terkenal sebagai penulis puisi romantik.
exoticismeksotisismeKesusasteraanTiadaKeanehan yang tergambar dalam sesuatu cerita tanpa mengambil kira gambaran tersebut benar atau palsu. Keanehan tergambar pada aspek latar, peristiwa, dan watak yang mempesonakan serta mengasyikkan dalam sesuatu cerita. Dari sudut wacana orientalisme, gambaran eksotisisme ini sengaja menonjolkan sifat aneh dan asing bagi latar, motif, rujukan budaya, dan sosial masyarakat Timur. Kebanyakan karya kolonialisme pada abad ke-18 dan 19 memaparkan negara Timur seperti India, Timur Tengah dan Asia Tenggara sebagai latar eksotik. Contoh eksotisisme ditemui dalam karya bertajuk Persian Eclogues (1742) oleh Willian Collins, Vathek (1786) oleh William Beckford, dan Lord Jim (1895) oleh Joseph Conrad.
Art DecoArt DecoKesenianHiasan DalamanGaya seni hiasan yang diperkenalkan pada tahun 1920-an hingga 1930-an dengan ciri-ciri yang menarik, berseri, berfungsi dan moden. Contohnya, reka bentuk corak geometri dengan warna yang terang yang digunakan terutamanya dalam objek hiasan dalaman rumah. Seni hiasan neoklasik, konstruktivisme, kubisme, modenisme, Art Nouveau dan futurisme adalah termasuk dalam kelompok Art Deco, yang mendapat namanya daripada Expositions Des Arts Decoratifs et Industriels Modernes di Paris pada tahun 1925. Gaya ini mudah dikenal pasti melalui bahan yang digunakan, iaitu aluminium, keluli tahan karat, lakuer dan inai kayu. Namun, ada juga yang menggunakan bahan eksotik, seperti kulit ikan yu dan kulit kuda belang. Penggunaan bentuk atau elemen bertingkat dan garisan melengkung beralun, serta motif. Walaupun unsur tersebut hanya bertujuan sebagai hiasan, namun banyak dipengaruhi oleh aspek politik dan falsafah. Sesuai dengan perkembangannya, Art Deco turut mempengaruhi seni hiasan dalam seni bina, reka bentuk dalaman, reka bentuk industri, fesyen, lukisan, seni grafik dan filem.

Kembali ke atas