experimental plays | drama eksperimental | Kesusasteraan | Tiada | Inovasi drama dalam konteks konsep dan teknik pementasan. |
anti-novel | antinovel | Kesusasteraan | Tiada | Fiksyen moden eksperimental yang sengaja mengetepikan atau menolak elemen penting dalam novel tradisional. Antara elemen tersebut ialah plot, perwatakan dan rentetan naratif yang teratur. Antara ciri utama fiksyen antinovel ialah ketiadaan plot yang ketara, perkembangan watak yang minimum, urutan masa yang pelbagai, dan kekerapan bereksperimen dengan kosa kata dan sintaksis. Penulis moden yang menghasilkan antinovel ialah Virginia Woolf dalam The Waves, James Joyce dalam Ulysses dan Albert Camus dalam The Outsider. Walau bagaimanapun, beberapa ciri antinovel hadir dalam karya Lawrence Sterne bertajuk Tristam Shandy yang ditulis pada abad ke -18. Di Malaysia, pengarang seperti A. Samad Said menggunakan unsur antinovel dalam novelnya Daerah Zeni dan Hujan Pagi. Lihat juga aliran kesedaran. |
off-broadway | off-broadway | Kesusasteraan | Tiada | Persembahan teater di auditorium yang terletak di luar kawasan Broadway, New York. Persembahan teater ini memaparkan karya baharu dan eksperimental. Kos persembahannya rendah dan biasanya tidak mempunyai jumlah penonton yang ramai. Persembahan teater Off-Broadway muncul sebagai reaksi kepada peningkatan kos persembahan di Broadway dan kekurangan panggung persembahan. Persembahan ini merosot selepas tahun 1930-an, tetapi kembali aktif ketika Perang Dunia Kedua. Pada masa ini, pementasan Off-Broadway merupakan salah satu kegiatan teater yang penting di Amerika Syarikat. |
little theatre | teater kecil | Kesusasteraan | Tiada | Teater yang muncul pada awal kurun ke-20 di Amerika. Kemunculannya bertujuan untuk membebaskan bentuk drama dan kaedah produksi drama daripada kekangan tuntutan teater komersial. Pergerakan Little Theatre mengasaskan banyak pertubuhan atau pusat drama kecil yang bersifat eksperimental. Antara kumpulan Little Theatre ialah Chicago Little Theatre, The Toy Theatre of Boston, The Neighbourhood Playhouse di New York. Selepas perang, hampir kesemua kumpulan Little Theatre menukar status mereka, sama ada menjadi kumpulan separa profesional atau profesional atau diserapkan ke dalam komuniti teater. Pergerakan teater ini memainkan peranan penting dalam menyumbangkan idea dan amalan berteater di Amerika. Antara dramatis yang memulakan kerjayanya di Little Theatre ialah Eugene O�Neill. |