Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.pot] | ايکسڤورت

Definisi : (éksport) 1. penghantaran barangbarang atau perkhidmatan ke luar negeri utk tujuan perdagangan: ekonomi negara ini akan merosot kiranya ~ getah dan bijih timah beransur-ansur kurang; dlm hal ~ kita banyak bergantung pd bahan-bahan mentah; 2. barang-barang (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éks.pot] | ايکسڤورت

Definisi : /éksport/ 1 perbuatan menghantar atau mengirim barang-barang dagangan ke luar negara: ~ getah ke Rusia semakin bertambah. 2 barang-barang dagangan yg dihantar ke luar negara: ~ utama Malaysia ialah getah dan bijih timah. mengeksport mengirim barang-barang dagangan ke luar negara: Malaysia ~ sebahagian besar getahnya ke negara-negara Barat. pengeksportan hal atau kerja mengeksport: Pd masa lalu, getah keping berbunga yg dilapiskan menjadi bandela merupakan sistem ~ yg diterima. pengeksport orang (negara dll) yg mengeksport barang-barang dagangan. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata eksport


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
Islamic export credit refinancingpembiayaan semula kredit eksport IslamEkonomiEkonomi IslamSkim pembiayaan perdagangan eksport yang dikelolakan oleh Bank Negara Malaysia dan bank eksport import. Tujuan skim ini diwujudkan adalah untuk membantu pengeksport tempatan dengan cara membiayai semula kos eksport. Pembiayaan dilakukan apabila bil pertukaran berkupon sifar dibayar secara bertangguh oleh bank pengimport, kemudiannya akan dibeli oleh Bank Negara dan bank eksport import berdasarkan akad murabahah. Oleh itu, skim ini secara langsung dapat menggalakkan eksport negara.
visible exporteksport nampakEkonomiTiadaEksport barang dagangan yang boleh dilihat dan disentuh. Eksport nampak termasuk getah, minyak kelapa sawit, dan komponen barang elektrik dan elektronik.
Promotion of Investment Act 1986Akta Penggalakkan Pelaburan 1986EkonomiTiadaAkta ini memberi berbagai-bagai insentif untuk menggalakkan pelaburan dalam industri pembuatan, pertanian dan pelancongan, seperti insentif taraf perintis, elaun cukai pelaburan, potongan pendapatan eksport, elaun eksport dan potongan dua kali untuk promosi eksport.
export allowanceelaun eksportEkonomiTiadaSatu insentif untuk menggalakkan eksport barang tertentu, seperti barang perindustrian, dengan cara memberi kemudahan potongan cukai kepada firma pada kadar tertentu yang dikira berdasarkan nilai eksport barang yang digalakkan.
export taxcukai eksportEkonomiTiadaCukai yang dikenakan terhadap barang-barang yang dijual ke luar negeri. Contoh barang yang dikenakan cukai eksport oleh kerajaan Malaysia ialah petroleum, kelapa sawit, dan barang-barang tekstil dan elektronik. Sinonim duti eksport.
CIFCIFEkonomiTiadaSingkat bagi Cost, Insurance, and Freight yang membawa maksud bahawa kos, insurans, dan belanja pengangkutan dibayar oleh pengimport sebaik sahaja barang tiba di negara pengimport. Dalam merekodkan urus niaga import-eksport, data eksport selalunya dicatat FOB dan data import dicatat CIF. Catatan import CIF meliputi kos barang import dan juga perbelanjaan insurans dan kos pengangkutan bagi barang tersebut.
invisible exporteksport tak nampakEkonomiTiadaEksport perkhidmatan, seperti perkhidmatan perkapalan, penerbangan, pelancongan, dan insurans.
export dutyduti eksportEkonomiTiadaLihat cukai eksport.
exporteksportEkonomiTiadaPenjualan barang dan perkhidmatan ke luar negeri. Barang yang dieksport termasuk barang pengguna, barang modal, dan bahan mentah. Eksport perkhidmatan pula termasuk perkhidmatan perkapalan yang ditawarkan oleh negara tempatan, pelancongan, dan insurans.
export base theoryteori asas eksportSosiologiTiadaTeori pertumbuhan wilayah yang ditentukan oleh eksploitasi sumber jaya dan pertumbuhan asas eksport wilayah dipengaruhi oleh tingkat permintaan luaran.
12345678910...

Kembali ke atas