Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[éks.pré.si] | ايکسڤريسي

Definisi : (éksprési) pelahiran maksud (perasaan dsb) dgn kata-kata (gerak-geri dll): tanpa menonjolkan simbol yg berlebihan ~nya, dan tanpa mempedulikan teknik persembahan; mengekspresikan menyatakan atau meluahkan perasaan, fikiran, dll. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[éks.pré.si] | ايکسڤريسي

Definisi : /éksprési/ air muka pd wajah seseorang yg menunjukkan perasaan hatinya: Dia dpt meneka isi hati gadis itu drpd ~ mukanya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekspresi


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
expressionismekspresiKesusasteraanTiadaGaya kepengarangan dalam menyampaikan pengalaman emosi berbanding tanggapan terhadap dunia nyata.
herbal expressionekspresi herbaHerbaTiadaPengeluaran sesuatu komponen daripada bahan herba melalui kaedah menekan atau memerah dalam keadaan dingin atau panas.
moodsuasanaKesenianTiadaEkspresi yang digambarkan oleh muzik, contohnya cinta, gelisah atau merdu dan lain-lain.
stylegayaKesusasteraanTiadaCara ekspresi linguistik dalam prosa atau lirik, iaitu cara penulis menulis sesuatu atau cara individu bercakap memperkatakan sesuatu. Gaya sesebuah karya boleh dikaji melalui ciri diksi atau pilihan bahasanya, iaitu struktur ayat dan sintaksis, jenis peribahasa, corak rima, komponen bunyi, ciri-ciri bahasa, tujuan dan alat retoriknya. Menurut teori tradisional retorik, klasifikasi gaya terbahagi kepada tiga peringkat, iaitu gaya tinggi, pertengahan, dan rendah. Doktrin ketertiban diperlukan untuk memastikan peringkat gaya bagi sesuatu karya tersebut bersesuaian dengan kelas sosial pengucapnya, serta situasi dan martabat genre sastera. Northrop Frye, seorang pengkritik memperkenalkan perbezaan asas antara dua gaya, iaitu gaya demonik dan gaya hiratik. Gaya demonik dibentuk melalui bahasa, rima, dan asosiasi percakapan seharian, manakala gaya hiratik menggunakan beberapa elaborasi formal untuk memisahkan antara bahasa sastera dengan percakapan seharian. Bagi kedua-dua kelas ini, Frye telah mengenal pasti peringkatnya, iaitu peringkat tinggi, pertengahan, dan rendah.
gravesugulKesenianTiadaSugul: Ekspresi dalam muzik.
epistatic gene actiontindakan gen epistatikPenternakanGenetik dan PembiakbakaanKeadaan yang menghalang ekspresi gen pada lokus yang lain. Keadaan albino merupakan contoh tindakan gen epistatik.
emoteemote-SukanTiadaCiri perintah yang menyebabkan watak pemain dalam permainan melakukan ekspresi seperti bersorak dan berterima kasih kepada watak lain.
body languagebahasa gerak-geriPerubatanPsikiatriKomunikasi bukan lisan yang melibatkan pergerakan tubuh atau ekspresi muka.
body languagebahasa gerak-geriKejururawatanTiadaKomunikasi bukan lisan yang melibatkan pergerakan tubuh atau ekspresi muka.
physiognomyfisiognomiKriminologiKeadilan JenayahKaedah pentafsiran semu-sains tentang keperibadian seseorang berdasarkan pemerhatian terhadap keadaan fizikal luaran seperti ekspresi dan ciri rupa wajah seseorang yang boleh menentukan kecenderungan jenis jenayah yang dilakukan.
12

Kembali ke atas