expressionism | ekspresionisme | Kesenian | Seni Bina | Pendekatan dalam seni yang berasal dari Jerman pada awal abad ke-20, yang berhubung dengan karya puisi dan lukisan. Secara umumnya, pendekatan ekspresionisme ini menekankan penyataan emosi yang mendalam, bukan sahaja melalui deria penglihatan tetapi juga melalui pengalaman batin. Hal ini menyebabkan kesempurnaan bentuk objek yang biasa dihasilkan berdasarkan pengamatan secara visual tidak lagi menjadi pertimbangan estetika. Antara tokoh terkenal yang menggunakan pendekatan ekspresionisme ialah Edward Munch dan Ernst Barlach. Dalam seni bina, reka bentuk bangunan yang menggunakan pendekatan ekspresionisme ialah Alpine Architecture (1917) yang dibangunkan oleh Bruno Taut dan bangunan Formspiels oleh Hermann Finsterlin. |
expressionism | ekspresionisme | Muzik | Tiada | Satu aliran atau gaya karya pada abad ke-20. Ekspresionisme merujuk kepada muzik atonal pada tahun 1909 oleh Schoenberg yang membayangkan teknik karya serialisme. Harmoni dan bunyi muzik jenis ini biasanya agak bercanggah. Melodinya tidak merdu dan kontur melodi dibentuk dengan jeda yang luas. Contohnya, Erwartung, Op. 17 (1909) dan Pierrot Lunaire, Op. 21 (1912) oleh Schoenberg. |
expressionism | ekspresionisme | Kesusasteraan | Tiada | 3. Fahaman tentang pernyataan emosi dalam sesuatu keadaan melalui karya seni. |
expressionism | ekspresionisme | Kesenian | Tiada | 2. Satu aliran muzik abstrak yang menyatakan pengalaman dalaman pencipta. |
expressionism | ekspresionisme | Komunikasi | Tiada | Tiada |
expressionism | ekspresionisme | Kesusasteraan | Tiada | Tiada |
expressionism | ekspresionisme | Kesenian | Tiada | 1. Pergerakan seni lukis pada awal abad kedua puluh di Eropah yang menekankan pernyataan emosi. |
expressionism | ekspresionisme | Kesenian | Drama dan Teater | Aliran falsafah yang menonjolkan pengalaman dalaman sebagai objek. Dalam pementasan drama, pengamal aliran ini biasanya tidak memperlihatkan sesuatu konsep secara objektif, sebaliknya menggambarkan penyertaan pengalaman dalaman pengarang sebagaimana yang terjelma dalam diri pengarang atau dalam diri watak. Aliran ini dipelopori para pelukis yang cuba melahirkan pengalaman dalaman melalui penggunaan warna yang garang, pergerakan yang bertenaga dan cahaya yang terang. |
Abstract Expressionism | ekspresionisme Abstrak | Sejarah | Tiada | Tiada |
Abstract Expressionism | ekspresionisme Abstrak | Kesenian | Tiada | Tiada |