Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.kui.noks] | ايکوينوک‌س

Definisi : (ékuinoks) satu drpd dua ketika setiap tahun (pd 21 Mac atau 23 September) apabila matahari melintasi khatulistiwa lalu menjadikan siang dan malam sama panjangnya di serata tempat di dunia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[é.kui.noks] | ايکوينوک‌س

Definisi : /ékuinoks/ ist waktu (+ pd 21 Mac atau pd 22 September) apabila kawasan khatulistiwa mengalami siang dan malam yg sama panjang. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata ekuinoks


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
winter solsticesolstis musim sejukMatematikTiadaTitik yang terletak di pertengahan laluan ekliptik di antara ekuinoks musim bunga dengan ekuinoks musim luruh dan pada titik inilah matahari pada jarak sudut yang paling besar di selatan khatulistiwa.
spring equinoxekuinoks musim bungaMatematikTiadaEkuinoks yang berlaku pada atau kira-kira pada 21 Mac, iaitu apabila keserongan matahari berubah dari selatan ke timur. Vernal equinox, first point of Aries.
celestial longitudelongitud cakerawalaMatematikTiada1. Jarak sudut di timur ekuinoks musim luruh di sepanjang ekliptik - arka ekliptik atau sudut di kutub di antara bulatan latitud ekuinoks musim luruh dengan bulatan latitud pada titik di sfera samawi yang diukur ke timur dari bulatan latitud ekuinoks musim luruh melalui 360 darjah.
equinoctial maximamaksimum ekuinoksGeografiTiadaIluminasi maksimum pada masa ekuinoks.
precession of the equinoxesliukan ekuinoksMatematikTiadaGerakan ekuinoks ke barat yang berlaku perlahan-lahan tetapi berterusan di sekitar ekliptik yang terjadi disebabkan oleh liukan paksi bumi.
equinoctial stormribut ekuinoksGeografiTiadaRibut kencang yang berlaku pada masa ekuinoks.
equinoctial colurekolur ekuinoksMatematikTiadaBulatan jam yang melintasi kedua-dua ekuinoks.
equinoctial yeartahun ekuinoksMatematikTiadaTempoh satu edaran bumi mengelilingi bumi matahari, bagi ekuinoks musim luruh, iaitu kira-kira 365 hari, 5 jam, 48 minit dan 46 saat dan berkurangan kira-kira 0.00530 setiap tahun. Astronomical year, natural year, solar year.
equinoctial rainsmusim hujan ekuinoksSainsHidrometeorologiMusim hujan yang selalu berlaku pada masa atau tidak lama selepas ekuinoks di banyak tempat dalam lingkungan beberapa darjah sekitar khatulistiwa. Ciri dua maksimum kerpasan tahunan yang nyata terdapat terutamanya di kawasan iklim hutan hujan tropika. Kawasan utama ialah lembah Kongo, lembah besar Amazon, dan Hindia Timur. Di kebanyakan tempat, maksimum musim bunga adalah lebih besar daripada musim-musim lain.
equinoxekuinoksFizikTiadaTiada
12345678

Kembali ke atas