exhaust cutout | pintasan mati ekzos | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peranti berbentuk Y yang berfungsi sebagai injap yang diletakkan di talian ekzos sebelum gas ekzos memasuki peredam bunyi. Peranti ini berfungsi mengawal laluan gas ekzos sama ada memasuki ekzos atau melencongkan aliran tersebut ke paip yang lain tanpa memasuki peredam bunyi. |
exhaust port | liang ekzos | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Laluan dalam kepala silinder yang bermula dari dudukan injap ekzos hingga ke pancarongga ekzos. Laluan ini bertujuan untuk mengalirkan gas ekzos keluar dari silinder enjin selepas proses pembakaran apabila injap ekzos terbuka. |
exhaust system | sistem ekzos | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem yang terdiri daripada pancarongga ekzos, paip ekzos, peredam bunyi dan pengalun. |
exhaust manifold | pancarongga ekzos | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Komponen yang menghubungkan liang ekzos pada kepala silinder dengan sistem ekzos. Komponen ini terdiri daripada beberapa laluan yang bercabang mengikut bilangan liang ekzos yang membentuk satu saluran keluar ke sistem ekzos. Tujuan- nya adalah untuk mengalirkan gas ekzos keluar dari silinder enjin ke sekitaran. Komponen ini biasanya diperbuat daripada aloi atau besi tuang. Banding pancarongga pengambilan. |
backpressure | tekanan balikan | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Tekanan yang terjadi dalam pancarongga ekzos dan sistem ekzos. Tekanan ini terjadi apabila sebarang bahagian ekzos terhalang dan aliran gas ekzos tidak dapat keluar dengan sempurna. Contoh halangan ialah penukar bermangkin tidak berfungsi atau tamat jangka hayat, paip yang kemek dan timbunan serbuk karbon dari pembakaran yang tidak sempurna. Kesan tekanan balikan yang lebih tinggi akan mengurangkan kecekapan isi padu. |
exhaust-gas recirculation valve | injap edaran semula gas ekzos | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Injap yang mengawal operasi sistem edaran semula gas ekzos (EGR). Injap ini mengatur laluan masuk gas ekzos dari sistem ekzos ke pancarongga pengambilan dan biasanya dikawal melalui tindakan vakum. Sinonim injap EGR. |
exhaust pipe | paip ekzos | Kejuruteraan Automotif | Enjin | aip yang menghubungkan pancarongga ekzos dengan komponen lain dalam sistem ekzos seperti peredam bunyi dan penukar bermangkin secara berturutan. Paip ekzos digantung di bawah lantai kenderaan dengan menggunakan kapit dan gegelang getah. |
exhaust stroke | lejang ekzos | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gerakan omboh dari kedudukan takat terakhir bawah sehingga ke kedudukan takat terakhir atas. Semasa lejang ekzos ini beroperasi, injap ekzos terbuka dan injap pengambilan tertutup. Keadaan ini menjana tekanan yang tinggi dalam silinder enjin dan menyebabkan hasil pembakaran ditolak keluar dari silinder. Proses ini berlaku selepas lejang kuasa dan sebelum lejang pengambilan. |
exhaust pipe | paip ekzos | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Paip yang menyambungkan pancarongga ekzos degan bahagian lain pada sistem ekzos. |
exhaust manifold | pancarongga ekzos | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Laluan untuk gas ekzos yang keluar dari kebuk pembakaran masuk ke dalam sistem paip ekzos. |