allowances | elaun | Ekonomi | Tiada | 1.Tambahan kepada pendapatan tetap seperti elaun keraian, elaun rumah, dan elaun perkhidmatan awam. 2. Peruntukan untuk tujuan sebahagian daripada pendapatan yang dikecualikan daripada cukai. Peruntukan ini diberikan untuk diri, berasaskan pengecualian isteri, anak, dan tanggungan. |
tax allowance | elaun cukai | Ekonomi | Tiada | Elaun yang diberi kepada pembayar cukai supaya sejumlah pendapatan larasannya dikecualikan daripada cukai. Misalnya, elaun cukai pelaburan yang diberi kepada syarikat yang mengeluarkan keluaran yang digalakkan, atau kegiatan lain yang digalakkan. Semasa pengiraan cukai pada tahun taksiran, syarikat ini dibenarkan menolak elaun cukai daripada pendapatan larasan supaya pengecualian cukai diperoleh. |
family allowance | elaun keluarga | Ekonomi | Tiada | Elaun tambahan yang diberi kepada pekerja yang belajar atau berkhidmat di luar negeri untuk membantu sara hidup keluarga pekerja tersebut. |
capital allowance | elaun modal | Ekonomi | Tiada | Lihat elaun guna modal. |
investment tax allowance | elaun cukai pelaburan | Ekonomi | Tiada | Lihat elaun cukai. |
capital comsumptian allowance | elaun guna modal | Ekonomi | Tiada | Peruntukan sebahagian daripada pendapatan perniagaan yang dikecualikan daripada cukai pendapatan. Peruntukan ini diberi untuk mengambil kira susut nilai modal, kerosakan tidak sengaja akibat kemalangan pengangkutan, kebakaran, atau bencana alam, dan perbelanjaan untuk membeli barang-barang modal baru. Sinonim elaun modal. |
initial allowance | elaun permulaan | Ekonomi | Tiada | Peruntukan sebahagian daripada pendapatan yang dikecualikan daripada cukai yang diberi pada tahun pertama operasi perniagaan. Pengecualian ini diberi untuk membantu perniagaan yang selalunya mengalami kesulitan kewangan pada awal operasinya. |
subsistance allowance | elaun sara diri | Ekonomi | Tiada | Sebahagian daripada pendapatan individu yang dikecualikan daripada cukai pendapatan. Di Malaysia, mengikut taksiran cukai pendapatan 1990, bahagian pendapatan yang dikecualikan daripada cukai ialah RM5000 untuk diri sendiri, RM2000 untuk isteri, dan jumlah maksimum RM3000 untuk anak-anak. |
family allowances | elaun keluarga | Sosiologi Keluarga | Tiada | - |
vacancy allowance | elaun kekosongan | Penilaian Harta Tanah | Tiada | Tiada |