calomel electrode | elektrod kalomel | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod yang digunakan sebagai elektrod rujukan. Elektrod kalomel ini terdiri daripada raksa, merkuri (I) klorida (kalomel) dan larutan kalium klorida. Apabila larutan kalium klorida yang tepu digunakan elektrod ini dikenali sebagai elektrod kalomel tepu. |
electric arc | arka elektrik | Kimia | Kimia Analisis | Sejenis discas elektrik berkilau di antara dua elektrod yang dihasilkan apabila arus elektrik voltan tinggi dilalukan melalui elektrod-elektrod itu. Ia merupakan salah satu sumber pengujaan dalam teknik spektrografi pancaran. bd. bunga api elektrik. |
hydrogen electrode | elektrod hidrogen | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod yang terdiri daripada elektrod logam lengai seperti platinum yang direndamkan ke dalam larutan yang mengandungi ion H dan bersentuhan dengan gas hidrogen. Pada suhu 25°C, tekanan gas hidrogen 1 atmosfera dan kepekatan ion H+ 1 molar, elektrod ini dikenali sebagai elektrod hidrogen piawai dan mempunyai dan mempunyai keupayaan sifar volt. |
glass electrode | elektrod kaca | Kimia | Kimia Analisis | Sejenis elektrod pemilih ion berbentuk bebola yang mempunyai membran elektrod yang diperbuat daripada kaca yang nipis dan mengandung larutan asid hidroklorik yang kepekatan H+ tetap dan diketahui. Daya gerak elektrik elektrod kaca peka terhadap kepekatan H+ di dalam dan di luar membran kaca. Elektrod kaca juga boleh menjadi selektif terhadap Na+, K+ dan NH₄⁺, dengan mengubah-ubah komposisi kaca. |
standard electrode potential | keupayaan elektrod piawai | Kimia | Kimia Analisis | Keupayaan elektrod dalam keadaan keseimbangan di antara kepekatan reaktan dengan hasil aktiviti satu. Keupayaan tindak balas setengah sistem yang lain dibandingkan dengan keupayaan elektrod hidrogen piawai. Jadual keupayaan elektrod piawai berdasarkan tindak balas penurunan setengah. Dikenali juga sebagai keupayaan penurunan piawai. bd. elektrod hidrogen. |
mercury plated eletrode | elektrod tersalut raksa | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod yang terdiri daripada logam lengai seperti platinum yang disalutkan dengan raksa dan elektrod ini mempunyai sifat seperti elektrod raksa. |
mercury pool electrode | elektrod takungan raksa | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod yang terdiri daripada takungan raksa dengan garis pusat yang sesuai. Ia menyerupai elektrod satah yang lain dan lebih peka daripada elektrod titisan raksa. |
hanging mercury drop electrode | elektrod titisan raksa tergantung | Kimia | Kimia Analisis | Sejenis elektrod raksa yang titisan raksanya tergantung pada tiub rerambut kaca. Elektrod ini sering digunakan dalam analisis logam surih melalui teknik voltammetri pelucutan anod. bd. elektrod titian raksa. |
reference electrode | elektrod rujukan | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod yang mempunyai keupayaan malar dan diketahui nilainya, dan tidak dipengaruhi oleh larutan ujian. Ia mengandungi komponen sel setengah dalaman, elektrolit titian garam, dan satu saluran kecil di hujung elektrod yang dialiri oleh elektrolit titian garam. bd. elektrod kalomel. |
calomel electrode | elektrod kalomel | Geologi | Tiada | Elektrod rujukan yang terdiri daripada raksa, raksa klorida (kalomel) dan larutan kalium klorida. Elektrod ini digunakan untuk mengukur pH dan daya gerak elektrik. |