Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[é.lék.tro.ki.mia] | ايليکتروکيميا

Definisi : (éléktrokimia) cabang kimia bkn hubungan keelektrikan dgn tindak balas kimia. (Kamus Dewan Edisi Keempat)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata elektrokimia


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
electrochemical cell nanotubenanotiub sel elektrokimiaFizikNanoteknologiSel elektrokimia yang menggunakan nanotiub karbon sebagai elektrod. Sel ini disediakan melalui pertumbuhan hablur nanotiub karbon yang mempunyai ketulenan yang tinggi dan julat diameter yang sempit.
scanning electrochemical microscopy (SECM)mikroskopi pengimbasan elektrokimia (SECM)NanoteknologiTeknik Pencirian NanobahanKaedah yang digunakan untuk mengukur tingkah laku elektrokimia setempat bagi antara muka cecair-cecair, cecair-pepejal dan cecair-gas.
concentration cellsel kepekatanKimiaKimia Analisis1. Sel elektrokimia untuk mengukur keupayaan kepekatan ion yang keupayaan daya gerak elektrik elektrod yang terhasil merupakan perbezaan daya gerak elektrik antara sel yang diketahui kepekatannya dengan sel yang tidak diketahui kepekatannya. 2. Sel elektrokimia yang daya gerak elektriknya terhasil akibat daripada perbezaan kepekatan elektrolit pada anod dan katod yang sama.
fuel cellsel bahan apiFizikNanoteknologiAlat yang mengubah tenaga kimia kepada tenaga elektrik melalui tindak balas elektrokimia. Alat ini terdiri daripada sepasang elektrod yang perlu direndam di dalam elektrolit tetapi diasingkan dengan kertas karbon atau membran yang dapat mengalirkan ion di antara elektrod bagi melengkapkan proses elektrokimia. Bahan bakar yang digunakan seperti hidrogen atau hidrazina akan dibekalkan secara berterusan kepada anod yang akan teroksida untuk menghasilkan ion hidrogen dan elektron. Pengoksida seperti oksigen daripada udara pula akan dibekalkan kepada katod, sehingga ion hidrogen dari anod akan menyerap elektron dari katod dan bertindak balas dengan oksigen bagi menghasilkan air. Elektrod biasanya diperbuat daripada logam, nikel atau nanotiub karbon yang disalut dengan platinum, nanoserbuk besi atau paladium bagi meningkatkan kecekapan. Elektrolit pula adalah daripada bahan seramik atau membran.
electrochemistryelektrokimia (ilmu)FizikNanoteknologiSubbidang kimia yang berkaitan dengan perubahan sifat kimia hasil daripada pengaliran arus elektrik atau sebaliknya. Perubahan sifat kimia dapat menghasilkan arus elektrik. Sifat kimia ini berlaku pada bahan elektrolit dan bidang ini digunakan untuk memajukan sel atau bateri kimia.
electrochemical deviceperanti elektrokimiaKejuruteraan AutomotifIndustri Pembuatan KeretaPeranti yang beroperasi menurut prinsip elektrik dan kimia.
electrochemical cellsel elektrokimiaFizikNanoteknologiSel yang terdiri daripada gabungan dua elektrod, disusun dalam suatu bahan elektrolit supaya tindak balas penurunan pengoksidaan berlaku serta menghasilkan daya elektromotif. Contohnya, sel kering, sel basah, sel piawai, sel bahan api, dan sel elektrolit pepejal.
electrochemical cellsel elektrokimiaKimiaKimia AnalisisGabungan dua elektrod yang tersusun supaya tindak balas redoks (pengoksidaan-penurunan) yang berlaku di dalamnya menghasilkan suatu daya gerak elektrik. Contohnya seperti sel kering, sel bahan dan sel elektrolit pepejal.
electrochemical depositionpengendapan elektrokimiaKimiaKimia AnalisisPembentukan suatu lapisan logam secara elektrolisis. Digunakan dalam proses-proses pengelektrosaduran dan pemulihan logam-logam daripada bijihnya.
electrochemical equivalentkesetaraan elektrokimiaKimiaKimia AnalisisAmaun dalam gram suatu bahan yang dihasilkan atau digunakan semasa elektrolisis dengan kecekapan arus 100% apabila sebanyak 1 faraday (96 487.0 ± 1.6 coulomb) kuantiti elektrik diberikan kepada sistem elektrolisis itu.
123

Kembali ke atas