anodizing | penganodan | Kimia | Tiada | Penyalutan objek yang diperbuat daripada logam (seperti aluminium) dengan tipisan oksida pelindung dengan menjadikannya anod di dalam rendaman elektrolit yang mengandungi elektrolit pengoksida. |
electrolyte dissociation | penceraian elektrolit | Kimia | Tiada | Penceraian elektrolit kepada ion positif dan ion negatif. |
electrolyte solution | larutan elektrolit | Kimia | Tiada | Larutan yang terhasil apabila elektrolit larut di dalam air. |
electroplating | sadur elektrik | Fizik | Elektromagnet, Keelektrikan dan Kemagnetan | Proses menyadur logam atau aloi daripada larutan elektrolit yang sesuai. Benda yang perlu disadur mestilah dijadikan sebagai katod di dalam larutan elektrolit. Arus terus dialirkan dari anod (logam penyadur) ke katod melalui elektrolit. |
electrolyte balance | keseimbangan elektrolit | Kimia | Tiada | Keadaan normal yang mana tindakan dan tindak balas dua atau lebih elektrolit adalah dalam perkadaran seimbang. |
anolyte | anolit | Kimia | Tiada | Bahagian elektrolit yang berhampiran dengan anod di dalam sel elektrolit. |
formation factor | faktor formasi | Geologi | Tiada | Nisbah kekonduksian elektrolit terhadap kekonduksian batuan yang tertepu dengan elektrolit tersebut. |
battery hydrometer | hidrometer bateri | Teknik | Elektrik | Hidrometer yang digunakan untuk menyukat ketumpatan bandingan elektrolit bateri sekunder. Nilai ketumpatan ini menentukan sama ada bateri itu telah mencapai tahap cas penuh atau tidak. Ketumpatan bandingan bagi elektrolit sel asid plumbum ialah 1.270 apabila bercas penuh dan kurang daripada 1.190 ketika nyahcas sepenuhnya. |
concentration cell | sel pekatan | Kimia | Tiada | Sel primer yang mempunyai dua elektrod daripada bahan yang sama terendam di dalam dua elektrolit yang kepekatannya berbeza dan dihubungkan dengan titian garam, ataupun dua elektrod yang kepekatannya berbeza terendam di dalam dua elektrolit yang kepekatannya sama dan juga dihubungkan dengan titian garam. |
anodization | penyaduran anod | Teknik | Elektrik | Proses melindungi bahan logam daripada mengalami kesan kakisan dengan cara menjadikan logam tersebut sebagai anod dalam redaman elektrolit dengan dibekalkan arus terus. Misalnya, aluminium disadurkan dengan aluminium oksida apabila logam itu dijadikan anod dalam elektrolit tertentu seperti larutan asid sulfurik. |