electromagnetic momentum | momentum elektromagnet | Fizik | Tiada | Momentum yang dipindahkan oleh sinaran elektromagnet dan ketumpatan isi padu momentum tersebut sama dengan vektor Poynting dibahagi dengan halaju cahaya kuasa dua. |
Raman scattering | penyerakan Raman | Fizik | Nanoteknologi | Keadaan penyerakan gelombang elektromagnet oleh atom atau molekul yang menghasilkan gelombang elektromagnet berfrekuensi lebih rendah atau tinggi daripada frekuensi gelombang asal. Perubahan frekuensi ini disebabkan oleh penyerapan atau pengujaan tenaga putaran atau getaran molekul yang menyerak. Penyerakan ini dapat dicerap melalui perubahan garis spektrum. |
Raman scattering | penyerakan Raman | Nanoteknologi | Teknik Pencirian Nanobahan | Penyerakan gelombang elektromagnet oleh atom atau molekul yang menghasilkan gelombang elektromagnet berfrekuensi lebih rendah atau tinggi daripada frekuensi gelombang asal. Perubahan frekuensi ini disebabkan oleh penyerapan atau pengujaan tenaga putaran atau getaran molekul yang menyerak. Penyerakan ini dapat dicerap melalui perubahan garis spektrum. Terdapat dua jenis penyerakan Raman iaitu Stokes dan anti-Stokes. |
antenna | antena | Fizik | Nanoteknologi | Sistem dawai atau konduktor yang menghantar atau menerima isyarat gelombang elektromagnet, contohnya gelombang radio dan gelombang mikro. Dalam antena penghantaran, isyarat dari litar elektronik menyebabkan elektron dalam antena berayun menjana gelombang elektromagnet yang seterusnya disebarkan ke udara atau ruang. Proses sebaliknya berlaku untuk sistem penerima. Bentuk fizikal antena bergantung pada fungsinya. Contoh penggunaan antena adalah pada aerial radio dan radar. |
electromagnetic sensor | sensor elektromagnet | Fizik | Nanoteknologi | Penderia yang menggunakan perubahan pada medan elektrik atau medan magnet secara pasif atau aktif yang berubah dengan masa untuk mengesan sesuatu parameter. Contohnya, penggunaan sistem radar untuk mengesan fenomena atmosfera yang berkemungkinan berbahaya kepada kapal terbang atau dalam penggunaan perisikan bagi mengesan isyarat mikrogelombang jarak jauh, kesan daripada pergerakan pernafasan manusia. |
hysteresis clutch | cekam histeresis | Kejuruteraan | Tiada | Salah satu daripada tiga jenis cekam elektrik tanpa geseran yang menggunakan daya elektromagnet untuk memindahkan daya kilas dari aci masukan yang dipasang pada rotor ke aci keluaran, yang dipasang pada mangkuk geseran. Gelung dawai dipasang di sekeliling rotor masukan bagi menghasilkan medan magnet di rotor dan juga di mangkuk geseran. Kehilangan histeresis pada mangkuk geseran menyebabkan fluks medan elektromagnet berubah lebih perlahan pada mangkuk berbanding pada rotor. Perbezaan ini menyebabkan kilas terhantar ke mangkuk geseran. Cekam jenis ini digunakan khusus untuk aplikasi yang memerlukan gelincir tidak malar dalam sistem penghantaran kuasa. |
microwave | mikrogelombang | Kimia | Kimia Analisis | Sinaran elektromagnet yang mempunyai panjang gelombang di antara 1 mm hingga 30 cm. Ia boleh dijanakan oleh tiub kuasa frekuensi radio daripada arus terus voltan tinggi. |
phosphorascence | pendarfosfor | Kimia | Kimia Analisis | Pemancaran sinaran elektromagnet oleh molekul apabila ia berpindah daripada keadaan pengujaan tripletnya ke keadaan asas. |
relay | geganti | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Suis elektromagnet atau peranti pengawal yang menggunakan arus elektrik kecil untuk membuka dan menutup suis litar elektrik lain yang menggunakan arus elektrik yang lebih tinggi. |
radio frequency | frekuensi radio | Kimia | Kimia Analisis | Gelombang elektromagnet yang mempunyai julat frekuensi di antara 1 x 103 Hz hingga 3 x 1012 Hz. |