counter elite | elit saingan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Kelompok kelas atasan yang memberi saingan kepada kelompok elit yang selama ini mendominasi politik dalam sesebuah masyarakat atau negara. Elit saingan muncul kesan daripada proses sosialisasi yang terbentuk dalam masyarakat tersebut sama ada melalui pendidikan, pemodenan dan juga pendedahan terhadap ideologi luar. Kemunculan elit saingan ini sedikit sebanyak telah menggugat kedudukan dan dominasi elit yang telah lama bertapak dan berpengaruh khususnya dari aspek idea, nilai dan strategi. Misalnya, kemunculan kelas menengah Melayu kesan daripada pemodenan dan pendidikan telah memberi saingan kepada dominasi elit tradisional Melayu dalam strata masyarakat yang akhirnya telah mengambil alih teraju kepimpinan masyarakat Melayu. |
elite | elit | Sukan | Lumba Basikal | Kategori pelumba yang berumur 23 tahun dan ke atas bagi lelaki, dan 19 tahun dan ke atas bagi wanita. Bagi pelumba daripada pasukan tajaan,mereka akan dikategorikan sebagai elit walaupun berumur antara 19-23 tahun. |
oligarchy | oligarki | Sains Politik | Politik Perbandingan | Bentuk pemerintahan yang dikuasai oleh segolongan elit yang sangat berpengaruh dalam masyarakat. Pemerintahan ini melaungkan idea demokrasi tetapi pada hakikatnya segolongan kecil elit sahaja yang menentukan segala keputusan penting dalam pemerintahan. Walaupun begitu, pemerintahan ini memberi kebebasan kepada orang ramai dan membenarkan kehadiran pembangkang, golongan pendesak, media yang bebas dan perlembagaan yang kukuh. Oligarki tidak semestinya berada dalam sistem pemerintahan demokrasi tetapi juga wujud dalam sistem pemerintahan komunis. Konsep ini dikembangkan oleh Roberto Michels yang menghuraikan fenomena oligarki di Jerman Timur pada era perang dingin. |
power elite | elit berkuasa | Sains Politik | Politik Perbandingan | Golongan atasan yang mendominasi kuasa politik dan ekonomi dalam sesebuah masyarakat. Golongan ini mempengaruhi keputusan politik supaya mereka mendapat kelebihan dan keuntungan dari kedudukan tersebut. Jawatan penting dalam pemerintahan ekonomi dan pentadbiran disandang secara berganti-ganti di kalangan mereka tanpa memberi peluang kepada orang lain. Walau bagaimanapun, mobiliti sosial dalam penguasaan elit ini masih terbatas. Contohnya, elit yang menguasai perniagaan alat peperangan dan ketenteraan di Amerika Syarikat yang mempengaruhi dewan senat supaya melancarkan perang bagi kepentingan perniagaan mereka. |
political elite | elit politik | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sekumpulan kecil anggota masyarakat yang berada di peringkat atasan yang memiliki kelebihan kuasa, pendidikan dan ekonomi berbanding dengan rakyat kebanyakan. Dengan kelebihan ini, mereka dapat menguasai politik dan pemerintahan serta sekali gus memelihara kepentingan mereka. Walaupun golongan ini bersaing sesama sendiri dalam dunia poIitik sesebuah negara namun kuasa politik tetap berlegar di kaIangan mereka. Sifat-sifat yang wujud pada elit politik boleh berbentuk moden, tradisional mahupun militer yang bersesuaian dengan struktur masyarakat tersebut. Contohnya, pemimpin tertinggi Barisan Nasional yang menganggotai kabinet tergolong dalam elit polilik di Malaysia. |
ruling elites | elit pemerintah | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sekumpulan kecil golongan atasan yang menguasai pemerintahan, ekonomi dan pentadbiran dalam sesebuah negara. Kumpulan penguasa ini tidak semestinya terlibat secara langsung dalam jentera pemerintahan tetapi memiliki hubungan yang akrab dengan pemerintah. Hubungan ini boleh terbentuk kerana mereka menganggotai parti yang sama, rakan lama, hubungan persaudaraan, ikatan perniagaan dan rakan dalam perjuangan sesuatu matlamat poIitik. Dengan itu, mereka mempunyai suara dan sangat berpengaruh dalam menentukan sesuatu keputusan, mempengaruhi pembentukan sesuatu dasar dan boleh campur tangan dalam pelaksanaannya. Contohnya, elit pemerintah Singapura yang wujud di sekitar golongan kanan pemimpin atau bekas pemimpin Parti Tindakan Rakyat (PAP). |
elite | elit | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Saiz aksara yang kecil. |
elite | elit | Sejarah | Tiada | Kumpulan atau golongan orang atasan berdasarkan kedudukan sosial dan ekonomi yang tinggi. |
tertulia | tertulia | Kesusasteraan | Tiada | Sejenis salon sastera Sepanyol yang menggantikan akademi sastera formal pada abad ke-18. Salon tertulia juga wujud di Filipina, khususnya dalam kalangan elit yang mendapat pendidikan Sepanyol. Majlis tertulia Filipina yang tipikal sebelum Perang Dunia Kedua digambarkan dengan jelas dan menarik dalam drama tersohor berjudul A Portrait of the Artist as Filipino oleh Nick Joaquin. Tertulia dipercayai berasal daripada perkataan tertuliantes bermaksud �golongan berpelajaran atau paderi dalam kalangan penggemar teater�. Golongan ini dikenali sebagai tertuliantes kerana sering memetik kata-kata Tertulian, salah seorang pengarang unggul Kristian yang menulis dalam bahasa Latin. Beliau menulis karya berjudul Apologeticus serta beberapa karangan tentang kehidupannya sebagai seorang Kristian. Selain itu, tertulia merupakan tempat duduk utama yang terletak pada bahagian atas atau galeri di dalam teater. |
consociational democracy | demokrasi permuafakatan | Sains Politik | Politik Perbandingan | Sistem demokrasi yang kerjasama atau perkongsian kuasa politiknya terbentuk kesan daripada struktur masyarakat yang berbeza dari sudut etnik, agama, bahasa dan budaya. Dalam masyarakat yang majmuk ini, amalan demokrasi yang liberal sukar untuk dipraktikkan. Bagi mengelakkan sebarang konflik, kerjasama di kalangan elit politik atau disebut juga sebagai elit kartel diwujudkan untuk mewakili kepentingan kelompok masing-masing. Melalui cara ini, persefahaman dapat dicapai berhubung dengan pembahagian kuasa dalam kerajaan, amalan budaya, pengagihan kekayaan ekonomi, peluang pekerjaan dan sebagainya. Idea demokrasi permuafakatan dikemukakan oleh sarjana politik Belanda iailu Arend Lijphart sewaktu Persidangan IImu Politik Antarabangsa di Brussel, Belgium pada tahun 1967. Malaysia merupakan salah sebuah negara yang mengamalkan sistem demokrasi ini. |