femtometer | femtometer | Fizik | Nanoteknologi | Unit panjang yang bersamaan dengan 10 (-15) meter yang biasanya digunakan untuk menentukan saiz nukleus. Contohnya, jejari nukleus emas bersamaan 8.45 femtometer. 1 nanometer bersamaan 1 juta femtometer. |
colloid | koloid | Fizik | Nanoteknologi | Zarah halus bersaiz 1 nm - 1000 nm yang kekal tersebar merata dalam cecair atau gas pada jangka masa lama. Koloid dapat dimendapkan atas permukaan substrat kaca atau silikon untuk membentuk filem tipis. Koloid nanozarah emas atau perak berpotensi digunakan dalam bidang perubatan. Contohnya, koloid nanozarah emas atau perak di dalam air. |
nanorod | nanorod | Fizik | Nanoteknologi | Struktur yang bentuknya seperti batang kayu, berdiameter 1 nm -100 nm dan nisbah panjang terhadap lebar adalah antara 3 - 5. Beberapa nanorod diperbuat daripada logam atau bahan semikonduktor, contohnya emas dan silikon karbida (SiC). Nanorod dihasilkan menerusi sintesis kimia dan mempunyai kegunaan meluas dalam teknologi paparan hingga kepada mikroelektromekanik (MEMS). |
microelectrode | mikroelektrod | Kimia | Kimia Analisis | Elektrod kerja kecil yang mempunyai luas permukaan antara 1 mm2 hingga 10mm2 dan digunakan dalam teknik polarografi ataupun teknik voltammetri yang lain. Ia dibina daripada bahan-bahan lengai yang boleh membawa arus seperti raksa, platinum, emas, perak dan grafit. Mikroelektrod biasanya terdiri daripada dawai halus atau ceper yang diletakkan di dalam tiub kaca, kecuali jika ia dibina daripada raksa. |
nanoparticle | nanozarah | Fizik | Nanoteknologi | Zarah yang terdiri daripada gugusan atom atau molekul yang saiznya antara 1 nm - 100 nm. Sifat fizik nanozarah, seperti sifat elektrik, optik dan magnet mungkin berbeza dengan sifat fizik bahan pukal yang asal kerana bahan bersaiz kecil yang kurang daripada 100 nm mengalami kesan kuantum. Contohnya, nanozarah emas kelihatan berwarna merah tua. Nanozarah berpotensi dipakai secara meluas dalam bidang bioperubatan, optik dan elektronik. |
nanocrystal | nanohablur | Fizik | Nanoteknologi | Susunan atom atau ion dalam pepejal yang berstruktur nano dengan saiz 1 nm - 100 nm. Jika saiz hablur ini menyamai atau kurang daripada saiz jejari eksiton, hablur tersebut akan memberikan kesan kuantum, seperti tenaga yang dipancarkan menjadi diskret. Nanohablur yang diperbuat daripada bahan semikonduktor seperti kadmium selenida (CdSe) dikenali sebagai bintik kuantum. Contoh nanohablur yang lain ialah emas, grafit dan nikel. |
nanoparticle reactivity | kereaktifan nanozarah | Fizik | Nanoteknologi | Keaktifan suatu gugusan nanozarah untuk bertindak balas dengan nanozarah jenis lain. Oleh sebab struktur elektronik nanozarah bergantung pada saiznya, maka kereaktifannya juga bergantung pada saiz. Contohnya, nanozarah emas lebih reaktif untuk bertindak balas sebagai pemangkin apabila saiznya sekitar 1 nm - 10 nm. |
compact disk (CD) | cakera padat (CD) | Fizik | Nanoteknologi | Peranti plastik yang mengandungi data digital yang dibaca dengan pancaran laser bintik kuantum untuk penghasilan semula bunyi, imej atau maklumat lain yang telah dirakam. CD diperbuat daripada plastik polikarbonat dengan ketebalan 1.2 mm dilapisi filem tipis aluminium atau emas supaya bersifat memantul cahaya. Data disimpan dalam trek yang mengandungi lekuk bersaiz nanometer. Satu CD dibaca dengan memfokuskan cahaya laser semikonduktor. Perbezaan keamatan cahaya yang dipantulkan oleh lekuk yang diukur oleh satu fotodiod, membolehkan data dibaca daripada cakera. |