Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[em.bun] | امبون

Definisi : 1. wap air yg turun pd waktu malam (kerana sejuk); 2. wap air yg telah mengendap menjadi titik-titik (pd daun dll); ~ asap kabus atau embun halus spt asap pd malam hari; ~ betina = ~ rintik embun yg kecil-kecil titiknya; ~ jantan = ~ lebat embun yg besar titiknya; ~ pagi kabut pd waktu pagi; kering ~ waktu apabila embun mulai kering (kira-kira pukul 7 pagi); spt ~ di hujung rumput prb tidak kekal dan segera hilang (kasih sayang dll); spt ~ di atas daun prb selalu berubah (maksud, niat, tujuan); berembun 1. diliputi embun, disaput embun: rambutnya masih ~; 2. tidur di luar rumah dll (pd malam hari) hingga kena embun, berada (berjalan-jalan) di luar rumah dll pd malam hari (hingga kena embun): ia terpaksa ~ dan beratapkan langit hitam; mengembun 1. menjadi embun, menjadi titik-titik air yg halus: malam sudah sejuk dan udara mulai ~; 2. spt embun, menyerupai embun; mengembuni mengenai sesuatu dgn bertitik-titik: air matanya ~ gambar suami yg terletak di depannya; mengembunkan, memperembunkan meletakkan atau mendedahkan di tempat lapang atau di luar rumah supaya kena embun: ~ mengkuang pd waktu malam. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.bun] | امبون

Definisi : ; akar ~ sj tumbuhan (pokok memanjat), Lecananthus erubescens. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.bun] | امبون

Definisi : ; pisang ~ sj pisang yg besar dan manis, pisang bunga. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[em.bun] | امبون

Definisi : 1 titik-titik air yg turun dr udara pd malam hari (kerana sejuk). 2 titik-titik air yg terdapat pd daun-daun pd pagi hari. ~ asap embun halus atau kabus spt asap pd malam hari. ~ betina (rintik) embun yg kecil-kecil titiknya. ~ jantan (lebat) embun yg besar titiknya. ~ pagi kabut pd waktu pagi hari. berembun 1 disaput embun; ada embunnya: Daun-daun dan rumput-rumput masih ~. 2 kena embun kerana berada atau berjalan di luar rumah pd malam hari: Siang berpanas, malam ~. mengembun menjadi (menyerupai) embun: Apabila sudah cukup sejuknya, maka udara yg lembap itu ~. mengembuni membasahi dgn embun. memperembunkan meletakkan sesuatu di luar rumah supaya kena embun; membiarkan berembun: Mengkuang itu diperembunkan dahulu sebelum dijemur. Bomoh ~ semangkuk air utk dijadikan ubat. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata embun

Puisi
 

Asap api membakar embun,
     Rendang lada disimpul pulih;
Kalau kaca tangkainya embun,
     Pandang ada ambil tak boleh.


Lihat selanjutnya...(36)
Peribahasa

Seperti embun di hujung rumput.

Bermaksud :

Kasih sayang yang lekas hilang.

 

Lihat selanjutnya...(9)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
dewembunSainsHidrometeorologiAir yang terpeluwap di atas rumput atau benda-benda lain di bumi yang mengalami kejatuhan suhu sehingga di bawah takat embun udara permukaan disebabkan oleh penyejukan sinaran malam, tetapi masih lebih tinggi daripada suhu pembekuan. Ibun beku terjadi sekiranya takat embun lebih rendah daripada takat beku. Sekiranya suhu menurun ke bawah takat beku selepas embun terjadi, embun beku ini dikenali sebagai embun putih. Keadaan yang sesuai untuk kejadian embun ialah: Permukaan pancaran yang tertebat daripada bekalan haba tanih, untuk embun memeluwap di atasnya; atmosfera yang tak berawan dan mempunyai nilai kelembapan spesifik yang rendah di semua lapisan kecuali dekat permukaan bumi supaya penyinaran bumi dapat berlaku dengn berkesan untuk menyejukkan bumi; dan udara permukaan yang mempunyai kelembapan nisbi yang tinggi atau berhampiran dengan sumber kelengasan seperti tasik.
frostibunHidrologiTiada(1) Sin. embun putih; ibun putih; lihat juga embun beku; rime. Embun beku atau wap. (O.D) (2) Sin. pembekuan Penurunan suhu udara ke suatu nilai yang sama dengan atau lebih rendah dari takat beku air (0o C pada tekanan biasa). (WMO)
dew-point hygrometerhigrometer takat embunGeologiTiadaHigrometer yang digunakan untuk menentukan takat embun dengan mencerap suhu permukaan yang disejukkan secara buatan pada ketika embun mula-mula terbentuk di atasnya.
dew point bygrometerhigrometer takat embunSainsHidrometeorologiHigrometer yang digunakan untuk penentuan takat embun (ibun) dengan mencerap suhu suatu permukaan yang disejukkan secara buatan pada ketika embun mula-mula terbentuk di atasnya.
drosometerdrosometerSainsHidrometeorologiAlat yang digunakan untuk mengukur banyaknya embun yang terbentuk pada suatu permukaan tertentu. Satu jenis terdiri daripada cawan kaca vakum berbentuk hemisfera yang terdedah kepada atmosfera. Embun yang terbentuk di permukaan kaca secara automatik terkumpul di dalam cawan dan ditimbang pada akhir tempoh pendedahan. Satu jenis drosometer lagi, yang dinamakan tolok embun Duvdevani, terdiri daripada seketul kayu yang permukaannya telah diproses sehingga embun terbentuk padanya dalam pola cirian. Gambar foto dibekalkan bersama setiap alat untuk membolehkan pencerap memadankan pembentukan embun dengan satu set piawaian bersepadanan dengna jatuhan embun dari 0.01 � 0.45 mm.
dew-point temperaturesuhu takat embunSainsHidrometeorologiSuhu yang padanya suatu kompok udara mesti disejukkan dalam keadaan tekanan malar sehingga kompok udara ini menjadi tepu. Suhu takat embun dapat dipastikan secara langsung melalui beberapa jenis higrometer takat embun. Lazimnya suhu ini dipastikan melalui pengiraan daripada pencerapan langsung psikrometer.
dew-pointtakat embunSainsHidrometeorologiLihat suhu takat embun.
dew pointtakat embunKimiaTiadaSuhu ketika udara lembap menjadi tepu dan membentuk embun apabila bersentuhan dengan sesuatu permukaan.
dew pointtakat embunKejuruteraanKejuruteraan BangunanTakat yang menunjukkan air akan mula bertukar menjadi embun.
dew-point recorderperakam takat embunKejuruteraanPetroleumPeranti yang digunakan oleh syarikat pembawa gas atau syarikat pengangkutan yang khusus membawa gas untuk menentukan takat embun gas yang dibawa secara terus menerus.
12345678

Kembali ke atas