rubber dam forceps | forseps empangan getah | Pergigian | Tiada | Sejenis alat untuk memegang pengapit empangan getah. Empangan getah diletakkan pada gigi yang hendak diasingkan di dalam mulut. |
dam see also barrage; weir; barrier | empangan lihat juga bendungan; empangan; sawar | Hidrologi | Tiada | Sawar yang dibina merentasi lurah untuk mengolam air atau membentuk waduk. |
rubber dam holder | pemegang empangan getah | Pergigian | Tiada | Alat yang dipasang untuk merentang empangan getah di luar mulut. Alat ini mempunyai dua bahagian iaitu dua bingkai dan satu tali getah. Bahagian bingkai akan memegang empangan getah di sebelah kiri dan kanan mulut manakala tali getah tersebut akan ditegangkan untuk meregangkan bingkai-bingkai tersebut. Empangan getah biasanya digunakan dalam prosedur rawatan kanal akar ataupun rawatan yang memerlukan pengasingan gigi semasa menjalankan rawatan supaya tidak tercemar oleh air liur dan juga bakteria di samping memberi kawasan kerja yang kering. Lihat gambar. |
check dam | empangan kawal | Biologi | Ekologi | Empangan yang kecil dan rendah dalam sebuah sungai untuk mengurangkan halaju air sungai dan menggalakkan pengenapan bahan-bahan yang terhakis. Empangan ini dibina untuk mengelakkan hakisan yang melampau. |
cofferdam | empangan kotak | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Empangan yang kedap air yang diperbuat daripada cerucuk yang melingkungi luas kawasan tertentu di dalam tanah atau air. Ia dibina untuk menghalang air memasuki kawasan pengorekan. Empangan kotak digunakan dalam pembinaan tambangan konkrit, asas jambatan konkrit dan sebagainya. (Rajah 27) |
rubber dam frame | bingkai empangan getah | Pergigian | Tiada | Bingkai yang dipasang untuk merentang empangan getah bagi mengasingkan kawasan kerja dari bahagian lain di dalam mulut untuk mencegah jangkitan silang atau melindungi restorasi resin dari terkontaminasi air liur. Bingkai ini boleh dibuat daripada besi atau plastik. Bingkai ini boleh dipasang sama ada di hadapan atau di belakang empangan getah. Lihat gambar. |
gravity dam | empangan graviti | Geologi | Tiada | Empangan yang bergantung pada beratnya untuk kestabilan. |
crib dam | empangan krib | Kejuruteraan | Tiada | Empangan yang dibina daripada anggota kayu segi empat tepat saling mengunci atau konkrit pratuang, yang membentuk rangka atau sel yang bertindihan dan diisi dengan tanah atau batuan. |
buttress dam | empangan banir | Geologi | Tiada | Empangan konkrit yang dibina seperti siri banir. |
ice dam | empangan ais | Kejuruteraan | Kejuruteraan Bangunan | Empangan yang terbentuk di sepanjang cucur atap yang terjadi oleh pembekuan air yang mengalir dari bahagian atas permukaan bumbung. |