pith cavity | rongga empulur | Buluh | Tiada | Lihat lakuna buluh. |
pith ring | gegelang empulur | Buluh | Tiada | Lapisan sel yang mengelilingi lakuna. |
bamboo lacuna | lakuna buluh | Buluh | Tiada | Rongga atau ruang dalam ruas batang kulma. Sinonim rongga empulur. |
culm wall thickness | ketebalan dinding kulma | Buluh | Tiada | Ketebalan dinding yang diukur dari epidermis ke gegelang empulur. Ketebalan ini berbeza-beza mengikut spesies buluh. Contoh buluh yang mempunyai dinding yang tebal ialah buluh betong (Dendrocalamus asper) manakala dinding yang nipis ialah buluh lemang (Schizostachyum brachycladum). Ketebalan dinding menentukan kegunaan akhir sesuatu spesies. |
grain figure | bentuk ira | Kesenian | Hiasan Dalaman | Corak yang terhasil pada permukaan kayu yang terbentuk daripada lingkaran gelung pertumbuhan, mata kayu, empulur atau penyimpangan daripada urat asli seperti berpanca, urat beralun dan ketidaksamaan warna. |
terminal layer | lapisan sel hujung | Buluh | Tiada | Lapisan sel pada bahagian luar dan dalam batang kulma, yang terdiri daripada korteks di bahagian luar dan cecincin empulur di bahagian dalam. |
quartered grain | ira suku | Kesenian | Hiasan Dalaman | Kepingan papan atau ira atau lapisan venir yang terhasil kesan daripada pemotongan atau penggergajian kayu bagi menghasilkan bentuk tertentu, iaitu kesan daripada sifat empulur. Kesan ini amat ketara pada jenis kayu oak. |