emulsion ointment | salap emulsi | Herba | Tiada | Salap yang mempunyai bahan asas emulsi separa pepejal. Bahan asas emulsi terbahagi kepada dua jenis iaitu emulsi air dalam minyak (w/o) seperti alkohol bulu biri-biri, ester sorbitan, monogliserida dan alkohol lemak. Bahan asas bagi emulsi minyak dalam air (o/w) adalah seperti alkohol lemak tersulfat, polisorbat dan eter sitosteril makrogol. Salap emulsi w/o merupakan emolien dan pelindung yang lebih baik daripada salap emulsi o/w. Hanya salap emulsi o/w dapat dibersihkan daripada kulit atau pakaian dengan menggunakan air. Salap emulsi w/o biasanya dilarutkan dalam minyak. |
asphalt emulsion | emulsi asfalt | Kejuruteraan | Tiada | Emulsi simen asfalt dalam air yang mengandungi sejumlah kecil agen pengemulsi. |
graininess | kebijian | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Saiz biji-biji emulsi yang terdapat atas permukaan filem, yang berfungsi untuk menentukan klasifikasi filem tersebut. Contohnya, filem laju mempunyai kebijian emulsi yang kasar dan memerlukan masa dedahan yang pendek, tetapi memberikan kualiti imej sederhana. Filem perlahan pula mempunyai kebijian emulsi yang halus serta memerlukan masa dedahan yang agak panjang, tetapi memberikan kualiti imej yang tinggi. |
emulsion | emulsi | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Lapisan bahan kimia yang berada atas filem radiografi dan apabila didedahkan pada sinar mengion, tindak balas kimia akan terjadi di dalam emulsi, yang membolehkan bahan tersebut menghasilkan imej terpendam. |
soap emulsion | emulsi sabun/bauran sabun | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
garlic emulsion | emulsi bawang putih | Pertanian Organik | Tanaman Makanan | - |
radiographic film | filem radiografi | Teknologi Ujian Tanpa Musnah | Radiografi dan Ultrasonik | Media pengimejan yang digunakan untuk merekodkan imej bahan selepas bertindak balas dengan sinar pengionan. Filem radiografi terdiri daripada tiga lapisan, iaitu lapisan pelindung, lapisan emulsi dan lapisan dasar. Imej radiografi terbentuk pada awalnya di lapisan emulsi yang dikenali juga sebagai imej terpendam. Imej ini diproses secara tindak balas kimia, dan menghasilkan imej radiografi. |
liniment | linimen | Herba | Tiada | Sediaan cecair, separa cecair atau separa pepejal untuk disapu pada kulit. Linimen mengandungi larutan beralkohol, minyak atau emulsi, yang disapu secara urutan atau dituam pada kulit untuk meredakan ketegangan dan kesakitan otot. Linimen tidak boleh digunakan pada luka terbuka. Contohnya, linimen minyak buah pala dan minyak cengkih. |
colloidal system | sistem berkoloid | Farmasi | Tiada | Sistem yang terdiri daripada sebarang agregat bahan-bahan yang menunjukkan sifat-sifat suatu koloid seperti sol, gel, emulsi dan lain-lain. |
track | runut, jalan, jejak, rintis; balapan (SUK, P.JAS) | Kejuruteraan | Tiada | 1. Jejak: Lintasan zarah mengion yang boleh dilihat dalam keluk awan atau emulsi nuklear. |