Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[e.nam] | انم

Definisi : bilangan lima dicampur satu (6, VI); ~ belas bilangan sepuluh dicampur enam (16, XVI); ~ likur sl ark dua puluh enam (26, XXVI); ~ puluh bilangan yg besarnya enam kali sepuluh (60, LX); berenam berjumlah enam (orang dll), enam (orang dll) jumlahnya: jangan pergi ramai-ramai, ~ pun cukuplah; keenam yg nombor enam: keempat, hulubalang yg bernama Bichaya Dorta, kelima, hulubalang yg bernama Panta Suta, ~, hulubalang yg bernama Sutama; keenam-enam semua yg jumlahnya enam: ~ murid itu pun pulang ke rumah. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[e.nam] | انم

Definisi : bilangan lima ditambah satu; 6: ~ belas 16; ~ puluh 60. berenam berjumlah enam: Jangan pergi semuanya, ~ pun cukuplah. keenam bilangan atau peringkat yg nombor enam: Hulubalang Melaka yg ~ bernama Hang Nadim. keenam-enam enam-enam sekali; enam semuanya: Maka ~ sahabat itu pun berpeluk-pelukan dgn mesra setelah bertemu kembali. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enam

Puisi
 

Soldadu mudik enam orang,
     Tinggi berjamang pula;
Lihat dek made awan terbang,
     Entah ke mana akan sampainya.


Lihat selanjutnya...(17)

Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
six day racelumba enam (6) hariSukanLumba BasikalPerlumbaan yang berlangsung enam (6) hari berterusan,dengan sekurang-kurangnya 30 jam masa berlumba, yang melibatkan dua (2) atau tiga (3) pelumba dalam sesuatu pasukan.
bamboo splitterpembelah buluhBuluhTiadaAlat untuk membelah buluh bulat yang terdiri daripada pelbagai tatabentuk seperti empat, enam dan lapan. Contohnya, tatabentuk empat digunakan untuk membelah buluh bulat kepada empat bahagian dan tatabentuk enam digunakan untuk membelah buluh bulat kepada enam bahagian.
hexastichsadbarisKesusasteraanPuisiRangkap puisi yang terdiri daripada enam baris. Contohnya, puisi yang menonjolkan bentuk sadbaris ini ialah pantun enam kerat seperti di bawah. Orang Baghdad bawa teraju, Orang Makkah bawa telur, Telur dimakan bulan puasa; Rumah gadang bersendi batu, Jika adat bersendi alur, Alur itu kan ganti raja.
hexamerheksamerFizikNanoteknologiSupramolekul yang terdiri daripada enam komponen dendrimer tersusun secara swapasang dan dikenali juga sebagai kompleks dendrit supramolekul.
hexametresadmatraKesusasteraanPuisiPuisi yang mempunyai unsur irama yang berpola enam. Pola ini dapat dikesan apabila puisi ini dideklamasikan. Contohnya, puisi "Di Luar Negeri" karya A. Ghafar Ibrahim. Di dalam negeri asyik diselubungi keadaan itu itu di luar negeri kita keluar dari keadaan ini dapat melihat ke dasar masalah tanah air dengan rasa lapang dan sedar.
puerperal psychosispsikosis puerperalPerubatanPsikiatriGangguan mental yang berlaku dalam tempoh enam minggu selepas bersalin.
infantile esotropiaesotropia infantilSains KesihatanTiadaEsotropia yang berlaku sebelum bayi berusia enam bulan.
V-type engineenjin jenis VKejuruteraan AutomotifEnjinEnjin berbilang silinder biasanya enam atau lebih yang disusun dalam dua barisan silinder yang condong pada sudut tertentu, membentuk huruf V apabila dilihat dari hadapan atau belakang. Enjin jenis ini digunakan untuk menambah baik keseimbangan enjin berbanding enjin sebaris di samping dapat mengurangkan gegaran enjin. Enjin ini juga mengurangkan penggunaan ruang enjin dan menghasilkan konfigurasi enjin yang lebih padat. Banding enjin sebaris.
semi-annually premiumpremium setengah tahunaninsuransTiadaPremium insurans yang dibayar pada setiap enam bulan atau setengah tahun.
quinonekuinonHerbaPemiawaianKumpulan sebatian yang mempunyai ciri struktur yang terdiri daripada gelang enam ahli dengan dua kumpulan keton pada kedudukan 1,4- atau 1,2- dan dua ikatan ganda dua yang terletak di antara kedua-dua keton tersebut. Sebatian kuinon boleh mengandungi satu atau lebih gelang aromatik terlakur pada sisi benzokuinon asal. Sebatian kuinon yang besar biasanya berwarna disebabkan oleh pengkonjugatan ikatan ganda dua dengan kumpulan keton. Contoh ekstrak herba yang mengandungi sebatian kuinon ialah daun mengkudu (Morinda citrifolia).
1234

Kembali ke atas