monsoon | monsun | Sains | Hidrometeorologi | Istilah yang asalnya merujuk angin Laut Arab yang bertiup selama lebih kurang enam bulan dari timur laut dan selama lebih kurang enam bulan dari barat daya, tetapi kini digunakan juga untuk angin lain yang nyata bermusim. Ia berasal daripada perkataan Arab �mausim� yang bermaksud musim. Sebab penting terjadinya angin ini ialah perbezaan pemanasan kawasan darat dan laut yang luas yang berubah mengikut musim. Keadaan monsun paling baik terjadi di kawasan subtropika, seperti di Asia timur dan Asia tenggara (monsun timur laut dan barat daya masing-masing pada musim sejuk dan panas). Musim hujan yang berkaitan dengan monsun barat daya ialah ciri menonjol iklim wilayah ini. Di subtropika, istilah �monsun� selalunya digunakan untuk menunjukkan hujan, tanpa rujukan kepada angin. Keadaan monsun boleh juga berlaku, tetapi kurang hebat, di bahagian utara Australia, bahagian barat, selatan dan timur Afrika, dan beberapa bahagian di Amerika Utara dan Chile. Istilah ini juga digunakan di barat laut Jerman. |
monsoon | monsun | Meteorologi | Meteorologi Perhubungan | Istilah yang asalnya merujuk angin Laut Arab yang bertiup selama lebih kurang enam bulan dari timur laut dan selama lebih kurng enam bulan dari barat daya, tetapi kini digunakan juga untuk angin lain yang nyata bermusim. Ia berasal daripada perkataan Arab "mausim" yang bermaksud musim. Angin ini terjadi akibat perbezaan pemanasan kawasan barat dan laut yang luas yang berubah mengikut musim. Keadaan monsun paling nyata terjadi di kawasan subtropika seperti di Asia Timur dan Asia Tenggara (montun timur laut dan barat daya masing-masing pada musim sejuk dan panas). Musim hujan yang berkaitan dengan monsun barat daya ialah ciri menonjol iklim wilayah ini. Di subtropika, istilah "monsun" selalunya digunakan untuk menunjukkan hujan, tanpa merujuk kepada angin. Keadaan monsun boleh juga berlaku, tetapi kurang heat, di bahagin utara Australia; bahagian barat, selatan dan timur Afrika, dan di beberapa bahagian di Amerika Utara dan Chile, dan di barat laut Jerman. |
fixed deposit | deposit tetap | Ekonomi | Tiada | Deposit dalam institusi kewangan tertentu seperti bank perdagangan dan bank tabungan yang mempunyai tempoh simpanan tertentu seperti sebulan, tiga bulan, enam bulan, sembilan bulan, dua belas bulan, atau lebih daripada setahun. Deposit minimum yang diperlukan oleh institusi kewangan di Malaysia ialah RM500. Kalau faedah simpanan berbeza mengikut tempoh matang. Jika simpanan hendak dikeluarkan sebelum tempoh matang, faedah simpanan mungkin tidak didapati atau dikira mengikut jangka yang lebih pendek yang memenuhi syarat. Sinonim deposit bermasa. |
weaning diet | makanan pelengkap | Kejururawatan | Tiada | Makanan pepejal yang diperkenalkan kepada bayi berusia enam bulan yang masih menyusu untuk menambahkan nutrisi. |
short coupon | kupon jangka pendek | Pentadbiran Perniagaan | Tiada | Bon bayar faedah pertama kurang dari enam bulan mungkin kerana ia terbitan baru. |
infantile cortical hyperostosis | hiperostosis korteks infantil | Perubatan | Tiada | Keadaan hiperostosis korteks yang menyerang bayi di bawah enam bulan. Bercirikan kebengkakan dan ketenderan tisu lembut diikuti dengan hiperostosis korteks tulang. Sinonim: penyakit Caffey. |
infantile spasm | spasma infantil | Perubatan | Tiada | Gangguan otak yang serius pada bayi-bayi di bawah umur enam bulan, dicirikan dengan gerakan otot yang tak sengaja pada tangan, kaki, leher, dan trunkus. |
open apex | apeks terbuka | Pergigian | Tiada | Hujung akar gigi yang belum tertutup kerana pembentukan akarnya belum sempurna. Biasanya apeks akan tertutup setelah tiga hingga enam bulan gigi erupt di dalam mulut. Sekiranya pulpa gigi apeks terbuka ini terdedah disebabkan karies atau trauma, rawatan penutupan hujung akar perlu dilakukan bagi memastikan gigi kekal dalam mulut. |
premature eruption | pengeruptan pramatang | Pergigian | Tiada | Gigi desidus atau kekal yang erupt lebih awal dari tarikh pengeruptan biasa. Biasanya pengeruptan dikira pramatang sekiranya gigi erupt melebihi enam bulan dari tarikh pengeruptan biasa. Pengeruptan pramatang juga boleh dikaitkan dengan gangguan hormon tumbesaran dan tiroid. Contoh gigi pengeruptan pramatang ialah gigi natal dan gigi neonatal. Sinonim pengeruptan gigi pramatang |
immature apex | apeks tak matang | Pergigian | Tiada | Hujung akar gigi yang belum terbentuk sepenuhnya. Hujung apeks yang tidak matang ini berkeadaan terbuka. Proses kematangan apeks mengambil masa tiga hingga enam bulan untuk erupt sepenuhnya dalam mulut. |