Maklumat Kata

Kamus Bahasa Melayu


[eng.gan] | اڠݢن

Definisi : tidak mahu, tidak suka: jika spt itu perbuatan Seri Betara dan Pateh Gajah Mada akan Laksamana, ~lah aku pergi ke Majapahit itu; ia ~ berjalan dgn Ramli; ~ jikalau sl kecuali (melainkan, jika tidak); ~ seribu daya, mahu sepatah kata prb jika tidak mahu (suka) selalunya banyaklah jawabnya, tetapi kalau mahu atau suka itu hanya sedikit sahaja jawabnya; enggan-enggan hendak tidak hendak, mahu tidak mahu; mengenggankan tidak membenarkan, tidak meluluskan, menolak akan, tidak suka (setuju) akan: rasa tidak ada jaminan ~ mereka melanjutkan pekerjaan itu; keengganan ketidaksudian, ketidakmahuan: ~nya utk ikut serta dlm pertemuan itu menimbulkan tanda tanya; mereka ~ utk menghantarkan anak-anak perempuan jauh dr kampung mereka. (Kamus Dewan Edisi Keempat)

[eng.gan] | اڠݢن

Definisi : tidak mahu; tidak sudi; tidak suka: Pd ketika itu, Raja Parsi ~ menerima seruan Nabi Muhammad SAW. mengenggankan menolak sesuatu kerana tidak suka; tidak setuju dgn. keengganan hal tidak menyetujui atau tidak menyukai; ketidaksudian: Dia hairan memikirkan ~ orang itu menerima pemberiannya. (Kamus Pelajar Edisi Kedua)
Tesaurus
Tiada maklumat tesaurus untuk kata enggan

Peribahasa

Angguk enggan,
     geleng mahu,
unjuk tidak diberikan.

Bermaksud :

Lain di mulut, lain di hati. (Peribahasa lain yang sama makna: Angguk bukan, geleng ia).

 

Lihat selanjutnya...(10)


Istilah Bahasa Melayu

Istilah SumberIstilah SasarBidangSubbidangHuraian
vaccine-reluctant groupkumpulan enggan vaksinKesihatan AwamTiadaKumpulan yang menolak suntikan vaksin walaupun perkhidmatan vaksinasi telah tersedia.
proxy voteundi proksiSains PolitikPolitik PerbandinganUndi yang dibuat sebagai mewakili satu pihak yang enggan memperlihatkan keterlibatannya dalam sesuatu pengundian. Undi ini dilakukan oleh individu atau badan lain dengan mengikut telunjuk kuasa proksi yang mengarahkannya. Tujuannya adalah untuk mengaburi mata orang ramai bagi menunjukkan seolah-olah pihak sebenar tidak terlibat dengan proses pengundian tersebut. Contohnya, tindakan veto Amerika Syarikat di Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi menghalang sebarang tindakan ke atas Israel.
proxy voterpengundi proksiSains PolitikPolitik PerbandinganPengundi yang bertindak sebagai mewakili satu kuasa atau pihak yang enggan memperlihatkan penglibatannya dalam sesuatu pengundian. Pengundi ini merupakan seorang individu atau satu organisasi tetapi melakukan undian dengan mengikut telunjuk kuasa proksi yang mengarahkannya. Lihat juga undi proksi.
proxy votingpemilihan proksiSains PolitikPolitik PerbandinganPengundian yang dibuat sebagai mewakili satu kuasa atau pihak yang enggan memperlihatkan penglibatannya dalam sesuatu persaingan. Pengundian ini dilakukan oleh individu atau badan lain tetapi menjalankan tugas dengan mengikut telunjuk kuasa proksi yang mengarahkannya. Lihat juga undi proksi.
quiet quittingkerja lewaPentadbiranTiadaSikap pekerja yang tidak menunjukkan kesungguhan untuk bekerja dan hanya mahu melakukan kerja hakiki sahaja serta enggan melakukan kerja tambahan.
dialogismdialogimeKesusasteraanTiadaKeadaan dalam novel yang memerihalkan kewujudan suara yang mencabar kuasa dominan, dan menentang pandangan penulis sendiri. Keadaan ini timbul apabila penulis seolah-olah enggan menguasai atau menyatukan pelbagai sudut pandangannya sendiri. Teknik yang membenarkan kehadiran pelbagai suara ini akan mengizinkan watak, seolah-olah bebas bersuara, dan hasilnya akan tercetus pelbagai pendapat dan suara (polifoni) dalam novel tersebut. Keadaan dialogik ini berbeza dengan keadaan monologik, iaitu suara dan sudut pandangan penulis menjadi dominan, dan watak dalam cerita berperanan semata-mata sebagai saluran pendapat penciptanya. Dialogisme dicipta oleh pengkritik Russia, M.M. bakhtin (1895 � 1975). Lihat juga polifoni.
dissidentpenentangSains PolitikPolitik PerbandinganKelompok atau puak yang bertentangan pendapat atau idealisme dengan pihak berkuasa. Kelompo kini boleh diklasifikasikan kepada dua bentuk yang utama iaitu pertama, golongan penentang yang berbeza pendapat secara perlembagaan. Golongan ini bertindak secara yang dibenarkan oleh perlembagaan seperti turut sama dalam proses pilihan raya, perundingan dan kerjasama dengan pihak berkuasa. Parti pembangkang boleh diklasifikasikan dalam kategori ini. Kedua, golongan penentang yang berbeza pendapat secara luar batasan perlembagaan. Golongan ini bukan sahaja enggan bekerjasama atau berunding dengan kelompok yang berkuasa malah menggunakan tindakan yang agresif bagi memperoleh kuasa. Golongan ini biasanya dikenali sebagai subversif. Contoh golongan penentang jenis ini ialah Parti Komunis Malaya.
oriental despotismkuku besi ketimuranSains PolitikPolitik PerbandinganSistem yang menggambarkan pemerintahan kuku besi yang sangat terkawal apabila kuasa dalam pemerintahan ini tertumpu kepada sebilangan kecil pemerintah yang mendominasi segala aktiviti sosial, ekonomi dan politik. Pemerintahan juga tidak berlandaskan undang-undang sebaliknya menggunakan kuasa tentera untuk menghapuskan sebarang gerakan menentang kerajaan. Dalam sistem ini, kebebasan dan keadilan tidak mendapat tempat. Dari segi sejarah, konsep despotisme mula diperkenal oleh Monstesquieu yang cuba menggambarkan bagaimana perkembangan dan perubahan cuaca dan iklim sangat mempengaruhi budaya dan kehidupan masyarakat Asia. Konsep ini kemudiannya dikembangkan oleh Marx yang menjelaskan sifat Asiatic Mode of Production atau bentuk pengeluaran masyarakat timur yang dicirikan sebagai ringkas, tradisional, sara diri dan enggan menerima inovasi. Wittfogel seterusnya mengembangkan konsep ini dalam karyanya Oriental Despotism yang menghuraikan sifat masyarakat hidraulik atau keperluan penggunaan sistem terusan air yang besar dan terancang bagi kepentingan pembangunan ekonomi masyarakat timur. Justeru itu, ia memerlukan satu kerajaan yang terpusat, terkawal, berkuasa dan menekan.

Kembali ke atas