crankcase | kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Bahagian bawah enjin yang menyokong dan menjadi perumah kepada aci engkol. Kotak engkol membentuk bahagian bawah blok silinder dan mengandungi takungan minyak pelincir untuk melicinkan operasi aci engkol dan komponen yang bersambung dengannya. |
positive crankcase ventilation | pengalihudaraan kotak engkol positif | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Sistem pengalih udara kotak engkol yang menggunakan ruang vakum pancarongga pengambilan untuk menyedut gas dari kotak engkol ke pancarongga pengambilan untuk dibakar. Gas dari kotak engkol terdiri daripada gas tiup pintas dan wap minyak pelincir. Sistem ini juga menghalang udara dari kotak engkol bebas ke atmosfera bagi mengelakkan pencemaran alam sekitar. |
crankshaft gear | gear aci engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Gegancu yang dipasang pada hujung aci engkol dan berfungsi untuk memacu gear atau gegancu pada aci sesondol. Nisbah gear di antara gear aci engkol dengan gear aci sesondol ialah 2:1 yang menghasilkan laju putaran aci sesondol dua kali ganda berbanding laju putaran aci engkol. Kedua-dua gear atau gegancu ini dihubungkan menggunakan tali sawat atau rantai. Lihat juga gear aci sesondol. |
crank web | web engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Laluan minyak pelincir dalam aci engkol. Laluan ini digerudi pada aci engkol untuk mengalirkan minyak supaya sampai ke permukaan galas jurnal dan galas tujah. |
crankcase ventilation | pengalihudaraan kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Peredaran udara melalui kotak engkol semasa enjin sedang beroperasi untuk menyingkirkan air, gas hembus pintas dan pelbagai wap. Proses ini untuk mengelakkan pencairan dan pencemaran minyak pelincir, pembentukan enap cemar dan pertambahan tekanan dalam kotak engkol. Sistem ini mengambil alih peranan pengudara kotak engkol dengan menambah baik peranannya secara mengasingkan kotoran dan enap cemar melalui penapisan. |
crankshaft pulley | takal aci engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Takal atau roda bergigi yang dipasang di hadapan aci engkol. Takal ini menghubungkan aci engkol dengan tali sawat kipas yang digunakan untuk memacu peranti lain seperti kipas enjin, pam air dan pengulang-alik. |
crankcase breather | pengudara kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Tiub atau saluran yang membolehkan tekanan kotak engkol yang berlebihan dilepaskan. Sistem ini kemudiannya ditambah baik dengan membentuk sistem pengalihudaraan kotak engkol. |
crankshaft end-play | kelegaan hujung aci engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Had terima gerakan hujung aci engkol yang dikawal oleh bebibir galas utama. Jarak ini memberikan sedikit ruang kepada aci engkol untuk bergerak secara ulang-alik di sepanjang paksinya. |
positive crankcase ventilation (PCV) | pengalih udara kotak engkol positif | Kejuruteraan Automotif | Industri Pembuatan Kereta | Sistem pengalih udara kotak engkol yang menggunakan ruang vakum pancarongga pengambilan untuk mengedarkan semula gas dari kotak engkol ke pancarongga pengambilan, untuk dibakar semula dalam kebuk. |
crankcase dilution | pencairan dalam kotak engkol | Kejuruteraan Automotif | Enjin | Pencairan minyak pelincir oleh bahan api petrol dalam kotak engkol. Keadaan ini disebabkan oleh pemeluwapan gas hembus pintas dalam enjin sejuk yang menyelinap masuk melalui dinding silinder ke dalam kotak engkol. Pencairan menyebabkan minyak pelincir perlu ditukar dari semasa ke semasa seperti yang dijadualkan oleh pengeluar kenderaan. |